KUALA LUMPUR: Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) telah melantik Datuk Yasmin Mahmood sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.
Dalam satu kenyataan, MIDF berkata Yasmin memiliki pengalaman kepimpinan yang luas dalam bidang maklumat dan teknologi, setelah mengetuai operasi serantau dan Malaysia bagi Dell Asia Pacific dan Microsoft Malaysia Sdn Bhd.
Pada 2014, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Digital Economy Corp Sdn Bhd (MDEC).
"Sepanjang tempoh beliau berkhidmat di MDEC, ekonomi digital negara berkembang maju ke hadapan antara lain dalam transformasi digital, kandungan kreatif dan dagangan digital," kata MIDF.
Pada Isnin, Pos Malaysia Bhd mengumumkan Yasmin akan meletak jawatan sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini, selepas berkhidmat selama dua tahun.
Pengerusi MIDF, Tan Sri Abdul Rahman Mamat berkata kumpulan itu mengalu-alukan sumbangan beliau terutama ketika MIDF mengorak langkah ke arah digitalisasi.
"Saya pasti Yasmin akan mengukuhkan lembaga pengarah MIDF, menerusi pengalaman luas beliau dalam sektor swasta dan agensi pembangunan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021

MIDF telah melantik Datuk Yasmin Mahmood sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Dr Jemilah dilantik pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia
Prof Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dilantik sebagai pro-canselor Heriot-Watt University Malaysia (HWUM).

Yasmin Mahmood sertai Lembaga Pengarah MIDF
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) telah melantik Datuk Yasmin Mahmood sebagai pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya berkuat kuasa hari ini.

Pos Malaysia lantik Yasmin Mahmood sebagai pengerusi baharu
Bekas CEO MDEC itu dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Pos Malaysia Bhd berkuat kuasa 1 April ini.

Malaysia di tangga ke-8 negara paling mesra Startup di dunia
Malaysia menduduki tempat ke-8 di dunia sebagai negara yang paling mesra Startup di dunia, di hadapan negara ASEAN yang lain

Yasmin Mahmood antara 100 tokoh paling berpengaruh - Apolitical
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Datuk Yasmin Mahmood disenaraikan dalam kalangan 100 tokoh paling berpengaruh dalam kerajaan digital

MDEC, DBKL, Alibaba bekerjasama lancar Malaysia City Brain
Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Datuk Yasmin Mahmood berkata platform Malaysia City Brain kini melalui fasa perintis, selepas mendapat bukti konsep (PoC) daripada kerajaan pada Ogos tahun lepas.

#YouCanDuit: Wanita diseru rebut peluang ekonomi digital, tingkat pendapatan
Golongan wanita diseru merebut peluang disediakan kerajaan menerusi MDEC dalam menceburi bidang keusahawanan menerusi platform digital.

Potensi permainan digital sebagai kerjaya bakal dipromosi di sekolah
Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui MDEC akan mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang yang boleh direbut di dalam industri itu.

Kempen #YouCanDuit sasar lebih ramai peserta tahun depan
Selepas beberapa siri jelajah ke seluruh negara, kempen #YouCanDuit anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini ke pantai timur semenanjung, Kelantan.

Profesional data diperlukan untuk data raya, pacu kemajuan ekonomi - MDEC
Ledakan maklumat ini memberi impak yang cukup drastik, perlu diuruskan dengan baik dan ianya kini komoditi baru yang memacu pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.