PETALING JAYA: "Syukur," demikian reaksi penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja, pada Rabu.
Yasin berkata, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.
"Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
"Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya," katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu.
Sementara itu, abang Yasin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini biarpun adiknya itu tidak dapat beraya bersama pada Aidiladha nanti.
"Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
"Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin," katanya.
Pada Rabu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret di sini melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram, Mac lalu.
Bagaimanapun dia dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jul 06 2022
Yassin ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, pada Rabu. - fotoBERNAMA
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Yasin dipenjara seumur hidup, 16 sebatan kes dadah
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi itu kelihatan sugul sementara ahli keluarganya menangis di galeri awam mahkamah.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
Kamil Munim bertemu Yasin di Hospital Bahagia
Pihak hospital tersebut memberi peluang untuk melawat penyanyi berusia 48 tahun itu dan beberapa pesakit lain yang turut menjalani rawatan.
Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini daripada tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Kes dadah: Nasib Yasin diketahui esok
Sama ada Yasin dibebaskan atau disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan dadah akan diputuskan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
'Saya mahu kembali ke Hospital Tanjung Rambutan, harap kes selesai segera' - Yasin
Yasin menyatakan dia sudah menjangkakan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini bahawa wujudnya kes prima facie atas tiga pertuduhan terhadapnya.
Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Kes dadah Yasin: Keputusan bebas atau bela diri diketahui esok
Keputusan sama ada Muhammad Yasin dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada tiga pertuduhan kes dadah yang dihadapinya akan diketahui esok.
Yasin harap kes segera selesai, mahu dapat rawatan
Yasin memaklumkan, sebelum ini dia dirujuk ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan selama 56 hari untuk mendapatkan rawatan intensif.