Ketika dalam perjalanan ke program Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Seri Paduka Baginda menuruni kenderaan rasmi Baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat.
Kemalangan itu berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram Istana Negara, Al-Sultan Abdullah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Selepas bertanya khabar mangsa dan meninjau keadaan kenderaan yang terlibat, baginda meneruskan perjalanan ke Muzium Diraja untuk merasmikan Pameran Raja Kita.
BACA: Jelita dan bijak, ini puteri-puteri raja Pahang
BACA: #AgongKita: 'So sweet' YDP Agong, Permaisuri saling berpegangan tangan
Pada 26 Jun lalu, baginda turut mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya.
Ketika itu difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
Mangsa kemalangan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
Ketika itu difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya.
Mangsa kemalangan bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius.
BACA: 'Terkejut saya tengok payung kuning, rupanya...' - Mangsa kemalangan dibantu Agong