MUAR: Bagi penduduk di sekitar Muar, Restoran HD di Jalan Maharani bukanlah asing terutama dalam kalangan penggemar roti canai dan nasi beriani.
Keenakan nasi beriani khususnya beriani kambing yang dimasak menggunakan resipi dari India menjadikan restoran terletak di antara deretan kedai lama di tengah-tengah Bandar Diraja itu sering menjadi tumpuan pelanggan seawal 6 pagi.
Pemilik Restoran HD, Hassan Daud, 65, berkata roti canai berserta beriani kambing menjadi santapan 'wajib' Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jika Seri Paduka Baginda berangkat ke restorannya.
Menurut Hassan, Sultan Ibrahim lazimnya berangkat ke restorannya selepas solat subuh dengan menunggang basikal sejauh dua kilometer dari Istana Hinggap Muar dan kadangkala menaiki motosikal semata-mata mahu menikmati santapan kegemaran itu.
"Ada kalanya Sultan Ibrahim akan datang terus ke sini tanpa memaklumkan terlebih dahulu... kebiasaannya baginda datang kira-kira 6.30 pagi.
"Namun, Tuanku tidak pernah meminta saya menghentikan jualan untuk pelanggan lain setiap kali bersantap di sini, malah menyuruh saya meneruskan operasi seperti biasa kerana ketika itu juga baginda mengambil kesempatan untuk beramah mesra dengan rakyat jelata," katanya kepada Bernama.
Sekiranya tidak sempat berangkat ke restoran itu, Hassan berkata Seri Paduka Baginda akan meminta menu kegemaran terbabit dihantar ke Istana Hinggap Muar.
Menurut Hassan, sejak Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli bersantap di restorannya pada 2000, menu roti canai berlaukkan beriani kambing cukup laris menyebabkan beliau tidak menang tangan terutamanya pada hujung minggu.
Hal itu menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan menantunya Shafienaa Mohd Rubaai, 27, dan isterinya Zaidah Mohamad, 40, untuk mengurus serta melayan pelanggan.
"Selain Sultan Ibrahim, anakanda baginda Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil juga kerap minum di sini, dengan minuman kegemaran Almarhum adalah teh serta roti canai kosong," katanya.
Hassan berkata beliau belajar memasak beriani kambing itu daripada seorang kenalannya yang digelar Haji Mahmood dan berasal dari Madras, India, lebih 40 tahun lepas dengan rempah disediakan perlu digiling, bukannya dikisar.
"Saya hanya belajar cara memasaknya sekali sahaja dan selepas itu saya mencubanya sendiri beberapa kali dan menjadi," katanya.
Pada masa yang sama, Hassan turut melahirkan rasa bangga kerana masakannya digemari oleh Sultan Ibrahim yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Beliau berkata Restoran HD yang beroperasi dari 5.30 pagi hingga 2 petang turut menyediakan pelbagai jenis sarapan dan Nasi Beringin, yang terkenal di daerah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 01 2024

Hassan menunjukkan gambar Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ketika baginda mengunjungi restoran miliknya bagi menikmati menu kegemaran baginda iaitu roti canai berlaukkan beriani kambing. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Sultan Ibrahim selamat jalani rawatan di luar negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Duta Besar M'sia ke AS: Nama calon sudah ada, perlu perkenan Agong dahulu - Anwar
Pelantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan YDPA Sultan Ibrahim, yang kini sedang berada di luar negara untuk menjalani rawatan.

UiTM anjur solat hajat doa kesejahteraan, kesembuhan Agong
Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengadakan Solat Hajat Khas di Masjid UiTM Shah Alam bagi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan segera Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Enam individu disiasat muat naik kandungan palsu, jelik berkaitan Agong - MCMC
MCMC melakukan siasatan terhadap enam individu yang dipercayai telah memuat naik kandungan berunsur palsu dan jelik melibatkan Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri doakan kesembuhan Yang di-Pertuan Agong
Jemaah Menteri mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong dikurniakan kesembuhan dan selamat menerima rawatan perubatan di luar negara.

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-268 di Istana Negara, hari ini.