Benar, keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2019 diumum 19 Disember nanti.
Pengarah Peperiksaan, Adzman Talib berkata demikian bagi menjawab satu kenyataan yang tersebar di laman media sosial berhubung tarikh keputusan PT3.
Beliau berkata sepatutnya tarikh asal adalah pada 12 Disember, namun Lembaga Peperiksaan berdepan kekangan teknikal.
“Tarikh asal yang dicadangkan adalah pada 12 Disember tetapi pada dua minggu yang terakhir semasa guru-guru memasukkan markah mentah melalui sistem yang disediakan oleh KPM, ada beberapa rungutan yang diberikan oleh guru-guru.
“Mereka berdepan kesukaran untuk memasukkan markah pada dua minggu terakhir. Oleh kerana itu, kita menunda sedikit tarikh, namun ia bukannya pengumuman, sebaliknya tarikh mendapatkan keputusan calon-calon daripada pihak sekolah,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Sehubungan itu, lebih 400,000 pelajar di seluruh negara yang menduduki PT3 pada Oktober lalu boleh mendapatkan keputusan sekolah menengah di sekolah masing-masing.
Mengulas lanjut beliau berkata, kebiasaan calon PT3 boleh mendapatkan keputusan pada minggu kedua dan ketiga pada bulan Disember setiap tahun.
“Lembaga Peperiksaan biasanya akan menerima markah mentah daripada pihak sekolah. Kemudian kami akan meneliti dan membersihkan data-data berkenaan sebelum diberikan semula kepada pihak sekolah.
“Pihak sekolah akan menerima, mencetak keputusan dan ia tidak melibatkan JPN,” katanya.
Ia melibatkan empat jenis penilaian merangkumi keputusan keseluruhan, penghuraian keputusan mata pelajaran, laporan pentadbiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta laporan psikometrik.
Adzman menambah, surat yang ditularkan sebenarnya diberikan kepada Pengarah Pelajaran Negeri di seluruh negara bagi tindakan kepada pengetua sekolah.
Terdahulu, satu kenyataan mendakwa keputusan pengumuman PT3 ditunda kepada 19 Disember menjadi tular di laman sosial.
PT3 diperkenalkan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan sejak 1993.
Hasimi Muhamad
Sat Nov 30 2019
Keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) 2019 diumum 19 Disember ini. -Gambar hiasan
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Belanjawan 2025: Fokus anak muda
Belanjawan 2025: Apa yang Sabah dan Sarawak dapat?
Ikuti analisis awal Belanjawan 2025 bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Datuk Prof Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi.
Gaji minimum dinaikkan ke RM1,700 bermula Februari 2025
Penguatkuasaan gaji minimum itu ditangguhkan bagi majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.
Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Jelas Anwar yang juga Menteri Kewangan, penyasaran subsidi seumpama itu akan turut melibatkan kesihatan awam.
Bantuan Awal Persekolahan kekal, kerajaan peruntukkan RM800 juta
Kerajaan mengumumkan akan meneruskan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), dengan hampir 500 juta ringgit diperuntukkan kepada 5.2 juta murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 tanpa mengira pendapatan ibu bapa.
Keputusan representasi Papagomo gugur kes hasut 6 Januari 2025
Keputusan representasi dikemukakan bekas Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo bagi menggugurkan pertuduhan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan diketahui 6 Januari depan.
Gadis pulau redah ombak ambil keputusan PT3
Lela Sofia tiada masalah ambil keputusan peperiksaan PT3 di sekolah naik bot, kerana sudah jadi kebiasaan sebagai 'orang laut'.
Ya benar, calon PT3 boleh dapat keputusan pada 19 Dis - Pengarah Peperiksaan
Kebiasaannya calon PT3 boleh mendapatkan keputusan mereka pada minggu kedua dan ketiga pada bulan Disember setiap tahun.