MAC lalu kami laporkan Xbox Series X tanpa pemacu cakera akan dilancarkan.

Pagi ini ketika acara Xbox Showcase, Microsoft melancarkan Xbox Series X Digital Edition secara rasmi dengan storan 1TB.

Bagi memudahkan versi nir-pemacu ini dibezakan dengan model terdahulu, ia hanya ditawarkan dalam warna putih Robot White.

Turut diumumkan pagi ini ialah Xbox Series X – 2TB Galaxy Black Special Edition dengan kemasan yang kelihatan seperti angkasa lepas.

Storan juga dua kali ganda lebih besar berbanding konsol edisi biasa.

Akhir sekali Xbox Series S – 1TB turut dilancarkan dengan ia penawaran konsol lebih mampu milik ini dengan storan yang lebih besar.

Kesemua pengumuman konsol ini adalah menarik tetapi peminat Xbox di Malaysia masih menantikan sokongannya secara rasmi.

Sehingga kini penantian berterusan walaupun beberapa bulan lalu ia melepasi SIRIM.

Harga jualan ketiga-tiga SKU terkini Xbox ini adalah seperti di bawah.

Xbox Series X – 2TB Galaxy Black Special Edition – $600 (~RM2814)
Xbox Series X – 1TB Digital Edition – $450 (~RM 2110)
Xbox Series S – 1TB – $350 (~RM 1641)

-Amanz