KUALA LUMPUR: Hasil kemasukan pelaburan asing yang besar ke dalam negara perlu diterjemahkan menerusi program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata ia juga menuntut penyertaan rakyat bagi menyahut dan mengambil manfaat menerusi inisiatif yang diperkenalkan hasil pelaburan asing seperti program MCMC-Microsoft AI Tech: Skills For AI-Enabled Economy.
"Kalau kita hanya katakan nilai pelaburan besar (ke dalam negara) tanpa mencerminkan apakah kebaikan dan mafaat pelaburan ini kepada rakyat, maka tak cukup cerita (hasil pelaburan) ini.
"Dengan program seperti (MCMC-Microsof AI Tech) ini, kita perlu terjemah pengumuman besar, angka pelaburan (asing) menerusi apa manfaatnya kepada rakyat," katanya dalam ucapan perasmian program MCMC-Microsoft AI Tech: Skills For AI-Enabled Economy di sini hari ini.
MCMC-Microsoft AI TEACH merupakan program pembangunan kapasiti dalam Kecerdasan Buatan (AI), yang dibangunkan hasil kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Microsoft Malaysia.
Pada 2 Mei lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hasrat Microsoft untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun akan datang di Malaysia, sekali gus akan menyokong fokus kerajaan kepada pembangunan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dalam negara.
Sementara itu Fahmi berkata sebagai permulaan program MCMC-Microsoft AI TEACH akan memberi latihan dan persijilan kemahiran AI kepada 1,600 peserta yang terdiri daripada ahli komuniti berhampiran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), khususnya golongan rentan.
Beliau berkata program itu juga dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran peserta melalui inisiatif padanan pekerjaan MyFutureJobs bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Selepas ini akan diperluaskan penyertaan rakyat di seluruh kawasan dengan NADI sebagai lokasi untuk mereka menyertai kelas dan modul yang disediakan... kita mahu rakyat di luar bandar dan pinggir bandar turut mendapat manfaatnya," katanya.
Selain penyediaan kemudahan internet yang baik, Fahmi berkata kerajaan juga mahu rakyat memanfaatkan dan menggunakan teknologi AI dengan penuh beretika dan tidak menggunakannya bagi tujuan jenayah seperti manipulasi gambar atau deep fake.
"Bagi saya, adalah penting untuk orang ramai faham bagaimana menggunakan A secara beretika. Kita tidak mahu orang ramai misalnya memplagiat, terutama dalam membuat homework atau coursework, tapi pada masa yang sama kita tidak seharusnya tertipu oleh penyalahgunaan AI untuk menghasilkan contohnya kandungan palsu," katanya.
Pada majlis itu Fahmi turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara MCMC dan Microsoft Malaysia yang bertujuan meneroka manfaat sosioekonomi AI, termasuk usaha mempersiapkan tenaga kerja masa hadapan dengan ilmu pengetahuan mengenai AI.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengerusi MCMC Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 20 2024
Fahmi menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran MCMC Microsoft AI Teach: Skills for AI-enabled Economy dan Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara MCMC dan Microsoft Malaysia, hari ini.- Foto Bernama
PM Iraq mahu bekerjasama rapat dengan AMF
Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia' al-Sudani pada Khamis menyatakan aspirasi negaranya untuk memperkukuh kerjasama dengan Tabung Kewangan Arab (AMF) serta menegaskan sokongan pemerintahannya terhadap aktiviti organisasi itu.
Bank Jepun tingkat kadar faedah jangka pendek baharu
Bank Jepun mengambil keputusan untuk meningkatkan kadar faedah jangka pendeknya kepada 0.5 peratus berbanding 0.25 peratus sebelum ini. Perkara itu seperti yang dimaklumkan oleh Gabenor Bank Jepun, Kazuo Ueda dalam kenyataan pada Jumaat yang mana beliau melihat ini sebagai langkah yang bertepatan seiiring dengan ramalan yang dinyatakan oleh portal ekonomi perdagangan negara.
Patung Kapten Cook di Sydney disimbah cat merah
Polis Australia melancarkan siasatan pada Jumaat susulan patung pegawai tentera laut Britain James Cook dirosakkan di Sydney.
Presiden Mexico tolak semakan awal perjanjian AS-Mexico-Kanada
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum berkata tidak ada keperluan untuk mempercepatkan semakan Perjanjian Amerika Syarikat-Mexico-Kanada (USMCA) yang dicadangkan oleh rakan sejawatannya dari AS Donald Trump.
Dua kebakaran baharu tercetus di San Diego, California
Dua kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di San Diego, California, Amerika Syarikat dan pihak berkuasa giat melakukan operasi pemadaman bagi mengelakkan ia merebak ke kawasan lain.
Empat nama tebusan Israel diserahkan kepada pengantara
Empat nama warga Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu akan diserahkan Hamas kepada pengantara.
Perkukuh nilai insan pelajar sebelum kejar kemajuan AI
Kepentingan nilai insan dalam kalangan pelajar hari ini harus diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum mengejar kemajuan kecerdasan buatan (AI).
Malaysia curi peluang kongsi kehebatan ASEAN - PM
Malaysia terus menjadi tumpuan semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland apabila diberi ruang khas menerangkan kekuatan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peluang itu dimanfaatkan beliau sebaik mungkin untuk menceritakan kehebatan ASEAN kepada ribuan tokoh dunia dan gergasi konglemerat.
Kemegahan ibu kota tiada nilai jika gerai jalanan tersisih - PM
Erti sebenar perancangan bandar yang berjaya adalah ia tidak mencipta jurang antara pendudukan orang kaya dan orang miskin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pencakar langit di ibu kota Kuala Lumpur tidak akan bermakna jika warung dan gerai di tepi jalan disisihkan.
Jemaah Menteri putus batalkan projek rintis WBB - Dzulkefly
Jemaah Menteri hari ini memutuskan untuk membatalkan projek rintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bagi memberi laluan kepada kajian lebih mendalam dan menyeluruh.
Hasil pelaburan asing perlu diterjemah menerusi program beri manfaat kepada rakyat
Kemasukan pelaburan asing yang besar perlu diterjemahkan menerusi program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat.