EKOSISTEM peranti Android dengan peranti Windows semakin lama semakin baik.

Sejak kebelakangan ini ia sudah boleh bersaing dengan ekosistem Apple, lagi-lagi dengan ciri Phone Link.

Terbaharu, Microsoft dilihat sedang membangunkan ciri yang membenarkan pengguna sambung kerja dari telefon di komputer.


Menariknya, ciri ini dilihat terhad untuk pengguna OneDrive sahaja. Ciri ini diberi nama sebagai Continue from Phone yang akan sentiasa berjalan di latar belakang peranti Windows.

Ia juga akan menggunakan OneDrive Sync dan Phone Link untuk memudahkan pengguna sambung aktiviti Microsoft Edge dan tugasan OneDrive di telefon pada komputer atau sebaliknya.

Ciri ini turut terhad untuk pengguna peranti Android sahaja.

Buat masa ini Continue from Phone masih dalam peringkat ujian kerana ia ditemui dalam Windows 11 versi pembangunan 22635.3858 (KB5039327).

Sama-sama kita nantikan ciri ini tiba ke semua orang kerana pada saya ia adalah satu ciri yang sangat berguna. -Amanz