GOMBAK: Pecutan akhir kempen World #QuranHour 1444H menampilkan program konvoi Pembawa Panji Al-Abrar Bermotosikal dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, konvoi tersebut adalah untuk menarik lebih ramai orang terutama golongan muda menyertai World #QuranHour ke-8.
“Dengan gabungan pelbagai pihak dalam menjayakan konvoi Pembawa-Pembawa Panji Al-Abrar, kita membawa mesej Al-Abrar atau Surah Al-Insan untuk diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar.
"Ia memberi simbolik penyerahan Panji Al-Abrar kepada pemimpin yang menaungi usaha Memanusiakan Manusia dengan berpandukan Surah Al-Insan. Kita memfokuskan 11 karakter Al-Abrar untuk ditanam dalam diri. Kita perlu berubah untuk membawa masuk syurga sekeluarga," katanya semasa pelepasan konvoi di sini, hari ini.
Seramai 50 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kerjaya menyertai perjalanan bermotosikal tersebut sebagai simbolik penyatuan hati dengan al-Quran. Aktiviti tersebut diketuai oleh saudara baru, Vince Focarelli @ Imran Abdulsalaam, mantan ketua konvoi bermotosikal Commoncheros dari Adelaide, Australia.
Marhaini berkata, pengalaman Vince Focarelli boleh memberi inspirasi untuk saling menjaga dan terus menjaga peribadi diri. Beliau yang pernah melalui zaman kegelapan telah berubah apabila mendapat hidayah Allah SWT melalui al-Quran.
“Surah Al-Insan banyak membawa ajakan untuk mengembalikan sifat kemanusiaan kepada manusia dengan membentuk karakter warga Malaysia bermula daripada diri sendiri, watak keluarga dan watak rakyat dengan berpandukan al-Quran,” katanya.
Kini, World #QuranHour kembali diadakan secara fizikal secara serentak di seluruh dunia bermula di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM selama sejam bermula 12 tengah hari, pada 22 Ramadan 1444H bersamaan 13 April 2023.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga telah berkenan untuk berangkat buat kali kedua ke program World #QuranHour 1444H.
Selain itu tahun ini, Astro Oasis kembali sebagai penyiar utama bagi World #QuranHour untuk bersiaran secara langsung pada hari tersebut.
Irfan Faruqi
Tue Apr 11 2023

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar, bersama peserta konvoi bermotosikal. - Foto Facebook/My #QuranTime

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Umat Islam 70 negara sertai World#QuranHour 2022
Umat Islam di kira-kira 70 negara melibatkan 15,000 lokasi di seluruh dunia hari ini membaca Al-Quran menerusi program World Quran Hour kali ke-7.

Perdana Menteri ajak rakyat sertai World Quran Hour
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut berharap acara ini mampu menaikkan imej Islam dan memupuk pembudayaan al-Quran dalam kehidupan sama ada dari segi pembacaan, penghayatan dan amalan.

World #QuranHour angkat tema Misi Al Mulk, solusi kepada pandemik
Kempen World #QuranHour yang mahu mewujudkan satu gelombang Kempen Berbudi dan Penyayang akan berlangsung pada 6 Mei ini 2021 bersamaan 24 Ramadan 1442H.

World #QuranHour berlangsung hari ini
Program World #Quran Hour edisi ketiga berlangsung di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa.

World #QuranHour: Kempen gelombang kebangkitan ummah pada 7 Jun ini
Kempen World #QuranHour yang mahu mewujudkan satu gelombang kebangkitan ummah akan berlangsung pada 7 Jun ini bersamaan 22 Ramadan 1439H di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIA Gombak.

'Jika ini hari terakhir bernafas, pasti kita akan lakukan terbaik buat agama' - Norman Hakim
"Jika ini adalah hari terakhir kita bernafas di atas muka bumI, pastinya kita akan melakukan terbaik buat agama kita untuk mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak," ini yang diluahkan Norman Hakim.

#QuranHour: Jurukamera AWANI jadi idola Rosyam Nor semasa 'panjat' Menara KL
Usaha melonjakkan kempen #QuranHour bukan satu usaha mudah terutamanya membabitkan aktiviti fizikal seperti Climb for #QuranHour

Semangat Sukan SEA dalam misi Climb for #QuranHour
Menaiki Menara Kuala Lumpur hampir 2,200 anak tangga bukanlah mustahil terutamanya dalam misi membina momentum ke arah kemuncak kempen World #QuranHour

Lebih 10 juta umat Islam seluruh dunia sertai World #QuranHour
Program itu cetusan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), sebuah yayasan yang berorientasikan seratus peratus dakwah untuk ummah.

Rosyam Nor lengkapkan misi berjalan kaki demi 'Walk for World Quran Hour'
Misi pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor berjalan kaki sejauh 47.2 kilometer bagi mempromosikan 'World Quran Hour' tercapai.