Pasaran Pelancongan Islam Sedunia (WITM) dan Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia, atau Matta Travel Fair, akan menjalin usaha sama bagi menganjurkan pesta pelancongan, yang dinamakan Pameran WITM-Matta, mulai 6 Sept ini.
Penaung pameran itu, Datuk Mohd Khalid Harun berkata usaha berkenaan akan memberikan masa yang mencukupi kepada peserta kerana kedua-dua acara dikendali penganjur sama.
"Dalam menguruskan acara, operasi adalah bahagian paling sukar terutama untuk mendapatkan tajaan dan pesta pelancongan anjuran bersama ini menyediakan banyak masa kepada semua, termasuk penaja, kerana mereka boleh memasukkannya ke dalam bajet tahunan mereka," katanya pada sidang akhbar Isnin.
Turut hadir Pengerusi Pameran WITM-Matta 2013 Jeffri Sulaiman dan Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia Airlines Muzammil Mohamad.
Mohd Khalid juga berkata kira-kira 50,000 Mattakad, iaitu kad kesetiaan untuk anggota dan orang ramai, akan diperkenal pada hari pembukaan pesta itu, yang berlangsung sehingga 8 Sept, di Pusat Dagangan Dunia Putra.
"Kad ini akan membolehkan pemegang mendapatkan diskaun dan mata yang boleg ditukar dengan hadiah atau wang tunai, dan kami kini dalam proses menjalin usaha sama dengan beberapa syarikat," katanya.
Sementara itu, Jeffri berharap kerjasama antara WITM dan Matta akan memanfaatkan semua pihak selain menarik kunjungan sekurang-kurangnya 120,000 orang pada tahun ini berbanding 118,000 tahun lepas.
Pameran WITM-Matta 2013 akan menampilkan lebih 1,250 gerai pameran.
Pada sidang akhbar itu, Malaysia Airlines turut diumum sebagai syarikat penerbangan rasmi pameran berkenaan dan bakal menawarkan lebih sejuta tempat duduk pada kadar diskaun sehingga 55 peratus bagi rangkaian domestik dan antarabangsanya.
Bernama
Mon Sep 02 2013
![WITM, Matta anjur pesta pelancongan bersama dari September 2013 WITM, Matta anjur pesta pelancongan bersama dari September 2013](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/81356167830_295x200.jpg)
![Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah
Kelulusan dua RUU itu selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
![Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717208020_JoeBiden.jpg)
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
![Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719654005_Bersatu.jpg)
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
![Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721253254_OpPintasMega.jpg)
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
![Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721252554_DickSchoof.jpg)
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
![Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690209333_MITIMalaysia.jpg)
Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
![Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721251255_MIDA.jpg)
Sarawak komited utamakan tenaga bersih bagi tangani ketidakkonsistenan tenaga boleh baharu
Abang Johari berkata terdapat peluang besar bagi pelabur untuk bekerjasama dengan Sarawak dan mengembangkan sektor penjanaan tenaga bersih kerana semua aktiviti ekonomi akan bergantung kepada tenaga.
![Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714212749_TBMASALAHAIRGEN.jpg)
Gangguan kualiti air di Pasir Puteh bersifat sementara - AKSB
AKSB Pasir Puteh akan melakukan aktiviti flushing di kawasan terlibat dan sekitar Selising agar bekalan kualiti air pulih untuk jangka masa segera.
![Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Suspek kes keropok beracun dibebaskan dengan jaminan polis
Suspek yang juga pekebun itu akan dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
![ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71649228054_TBADBBOX.jpg)
ADB semak semula unjuran pertumbuhan 2024 bagi negara membangun Asia kepada 5 peratus
ADB berkata permintaan domestik berdaya tahan, dengan eksport dan pembuatan yang meningkat, akan menyokong pertumbuhan tahun ini.
![MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719799835_NigelWongPresiden.jpg)
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
![Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718691433_baspersiaran.jpg)
Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.
![Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693646340_AzrulShahMohamad.jpg)
Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung
Sasaran itu mengambil kira pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik dan menjimatkan yang disediakan oleh pemain industri.
![Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679654481_TBKLIA.jpg)
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA
Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi.
![Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71682567408_LandingPlane.jpg)
Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA
Segala rungutan penerbangan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan bukannya TTPM.
![Harga pakej umrah dijangka naik Harga pakej umrah dijangka naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669874316_mrahramadankenan.jpg)
Harga pakej umrah dijangka naik
MATTA memaklumkan agensipelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.
![MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61672535000_TBmattafair.jpg)
MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China
Pelancong dari China dijangka akan segera melancong ke luar negara termasuk Malaysia sebaik pintu sempadan negara mereka dibuka.
![Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41654342301_LapanganAntarabangs.jpg)
Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA
Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara.
![MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81649137521_MATTA.jpg)
MATTA 2022 berlangsung 9 dan 10 April, tawar pakej dan hadiah menarik
Acara itu kembali dengan kerjasama rakan kongsinya, Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan rasmi selain Firefly dan MASwings yang menawarkan pelbagai promosi menarik kepada pengunjung.
!['Mustahil ada jemaah umrah tidak divaksin' - MATTA sangkal dakwaan KJ 'Mustahil ada jemaah umrah tidak divaksin' - MATTA sangkal dakwaan KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640421893_umrah.jpg)
'Mustahil ada jemaah umrah tidak divaksin' - MATTA sangkal dakwaan KJ
Pihak MATTA meminta pihak Kementerian menyiasat perkara ini dan tidak menuding jari kepada syarikat pengendali umrah.