KUALA LUMPUR: Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara.
Pelonggaran sekatan sejak 1 April dan lonjakan baharu dalam perjalanan antarabangsa meletakkan industri itu dalam kedudukan yang baik untuk pulih, Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Tan Kok Liang memberitahu Xinhua dalam satu temu bual menerusi telefon.
"Kami menerima kira-kira satu juta ketibaan sejak kerajaan menarik balik sekatan ketibaan pelancongan antarabangsa. Daripada jumlah itu, kira-kira 600,000 ketibaan adalah dari negara jiran Singapura.
"Bagaimanapun, kami optimis kerana negara-negara dari EU, Australia, Jepun, India dan negara-negara ASEAN lain telah memberikan maklum balas yang sangat positif kepada kami dan kami menjangkakan angka lima juta akan mudah dicapai," katanya.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan peralihan Malaysia ke fasa endemik dan pembukaan semula sempadannya kepada pengembara antarabangsa mulai 1 April, sebahagiannya untuk mengurangkan tekanan terhadap ekonomi negara.
Keputusan itu dibuat berikutan kejayaan kempen imunisasi kebangsaan terhadap COVID-19 dan sebagai strategi keluar untuk membolehkan rakyat Malaysia kembali ke kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun bergelut dengan COVID-19.
Tan, bagaimanapun, berkata sektor pelancongan masih menghadapi cabaran, terutamanya kekurangan tenaga kerja berikutan gangguan selama dua tahun dan masalah lain dalam mendapatkan pekerja asing.
"Ia telah mendapat perhatian Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Nancy Shukri, yang bekerjasama dengan kami untuk membangkitkan isu ini dan mencari penyelesaian. Kekurangan pekerja amat membimbangkan kerana ia menjejaskan keupayaan hotel, restoran dan perniagaan intensif lain.
"Bagaimanapun kami yakin apabila keadaan semakin baik, kita akan menyaksikan normalisasi dan sektor itu akhirnya akan kembali seperti sebelum wabak, meskipun mengambil sedikit masa," katanya.
Menurut data Tourism Malaysia, sebuah agensi di bawah kementerian itu, Malaysia mencatatkan 26.1 juta ketibaan pada 2019, menyumbang RM$86.1 bilion (US$19.59 bilion), menurun kepada 4.33 juta ketibaan pada 2020 apabila wabak itu bermula dan hanya 130,000 ketibaan pada 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara. - Gambar hiasan/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.

Malaysia seru menteri pelancongan ASEAN pupuk semangat komuniti serantau
Kerjasama diperlukan untuk melindungi warisan dan masyarakat serantau dan memperkukuh kehadiran ASEAN di persada global.

Pemain industri pelancongan perlu tonjolkan identiti Negeri Sembilan - Tan
Pemain industri pelancongan perlu menonjolkan sembilan identiti Negeri Sembilan yang merangkumi adat, seni bina, makanan tradisional, busana, bunga, muzik, tarian, lagu dan permainan tradisional.

Pahang rekod 5.9 juta pelancong dengan anggaran perbelanjaan RM5.3 bilion
Pahang merekodkan 5.9 juta kedatangan pelancong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.

Pihak berkepentingan pelancongan diminta tingkatkan usaha jayakan VM2026
Pihak berkepentingan dalam industri pelancongan diminta untuk meningkatkan usaha menjayakan kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), titah Pemangku Raja Perlis.

Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.

AirAsia tawar 10 juta tempat duduk promosi ke lebih 130 destinasi bermula hari ini
AirAsia kembali menawarkan kempen Tempat Duduk PERCUMA dengan 10 juta tempat duduk promosi untuk terus menyokong industri pelancongan.

Malaysia Airlines lancar MHplus secara global untuk tingkat perkongsian pasaran utama
MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Jan 2024.

#DahSampai: Pemain industri pelancongan perlu kreatif, teroka pelbagai platform
Infrastruktur harus sentiasa dinaik taraf selari dengan pakej-pakej yang ditawarkan bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara.

SMK Tinggi Batu Pahat sekali lagi juara 'Inter-school Competition' Hari Perakaunan Antarabangsa Taylor's
Platform inklusif dan pemerkasaan untuk pelajar pamer kecekapan dalam perakaunan, kemahiran pemikiran kritis, serta kerjasama berpasukan.