Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi kenyataan supaya dunia Islam menolak campur tangan asing kerana secara jelas tindakan itu akan menghancurkan sesebuah negara.
Beliau berkata, akibat campur tangan asing dalam negara Islam, ia membawa kepada wujudnya negara yang gagal sehingga melumpuhkan ekonomi, golongan pengganas yang menimbulkan tindakan keganasan melampau sejak kebelakangan ini sehingga mengancam negara Islam dan negara bukan Islam.
Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas ucapan khasnya pada pembukaan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-12 di sini semalam.
"Kita juga tidak mahu rakyat kita mengundang campur tangan asing kerana kita berhak menentukan hala tuju dan masa depan kita sendiri," katanya kepada pemberita setelah mengakhiri lawatan kerjanya selama tiga hari di sini.
Najib mengetuai delegasi kerajaan Malaysia bagi menghadiri Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia dan juga WIEF ke-12 di sini.
Perdana Menteri berkata, ucapannya disambut baik oleh negara-negara anggota WIEF dan ia seharusnya menjadi pendirian semua pihak.
Dalam ucapan khas itu, Najib berkata, dunia Islam mesti jelas menolak campur tangan, yang biasanya berasaskan maklumat yang tidak lengkap, salah dan berpihak.
"Kita mesti menolak mereka yang bermotifkan politik, menggesa kuasa asing ini untuk campur tangan dalam negara mereka sendiri. Kita sebagai ummah, akan bertanggungjawab ke atas diri sendiri, dan berdoa untuk diberi panduan dalam usaha itu," katanya.
Secara perbandingan, beliau berkata kebanyakan negara Islam seperti Malaysia dan Indonesia, yang tidak terlibat dengan campur tangan asing, merupakan oasis yang aman dan stabil.
Beliau berkata tanpa kestabilan politik, ekonomi sesebuah negara tidak akan makmur dan berlaku huru-hara dalam dunia Islam sejak kebelakangan ini, khususnya seperti penaklukan Iraq yang mencetuskan rantaian kemusnahan.
Baru-baru ini, beberapa pihak termasuk para pemimpin parti pembangkang membantah tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat yang mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyita hartanah bernilai lebih daripada US$1 bilion (RM4 bilion) berkaitan 1MDB.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa semua pihak tidak mendedahkan ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur urusan negara.
Katanya apa yang penting kes mesti disiasat dengan adil dan telus secara dalaman dan jangan sampai membiarkan orang asing campur tangan masalah dalaman negara.
Sementara itu, Najib menyifatkan Perundingan Tahunan Malaysia-Indonesia yang berlangsung Isnin lepas, adalah sangat mesra dan memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua buah negara.
Katanya, antara perkara yang menjadi keutamaan dalam Perundingan itu ialah Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk mencari penyelesaian isu perairan Laut Sulawesi Selatan secara tuntas bagi mencapai satu keputusan yang komprehensif dan boleh diterima kedua-dua negara.
Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Indonesia bersepakat tidak mahu membawa tuntutan wilayah laut itu ke peringkat timbang tara antarabangsa dan akan menyelesaikan isu itu menerusi rundingan.
Katanya, walaupun isu itu adalah sesuatu yang sukar kerana ia melibatkan kedaulatan negara tetapi Malaysia dan Indonesia yakin ia boleh diselesaikan secara rundingan dan kedua-dua buah negara bersetuju untuk memberi arahan baharu kepada utusan khas masing-masing bagi mencari satu penyelesaian secara tuntas.
Rundingan antara Malaysia dan Indonesia berlangsung sejak lebih 10 tahun bagi menyelesaikan kawasan sempadan dan hak milik di perairan selatan Sulawesi atau dikenali sebagai Ambalat di Indonesia namun setakat ini masih belum mencapai keputusan muktamad mengenainya.
Najib berkata, isu mengenai jerebu juga turut dibincangkan dan setakat ini keadaan jerebu yang berpunca akibat kebakaran hutan di Indonesia telah terkawal.
Katanya, Malaysia, Indonesia dan Singapura telah bersetuju membentuk satu rangka kerja bagi mengatasi masalah jerebu yang merentasi sempadan hampir setiap tahun.
Bernama
Wed Aug 03 2016
![WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470228179_NajibTunRazak.jpg)
PM: "Kita (negara-negara Islam) mesti menolak mereka yang bermotifkan politik, menggesa kuasa asing ini untuk campur tangan dalam negara mereka sendiri.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739720652_AmarDouglas.jpg)
Tiada perbincangan persiapan pilihan raya negeri pada Perhimpunan Agung PBB - Uggah
Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-16 yang berakhir hari ini tidak membincangkan sebarang persiapan menghadapi pilihan raya negeri Sarawak akan datang.
![Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629857668_TBCHAIRMANBETTER.jpg)
Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam
Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.
![WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030 WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628780481_WorldIslamicEconom.jpg)
WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030
Perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion setahun itu akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan.
![Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625519138_azmimAli.jpg)
Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid.
![WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511239190_DSNajib.jpg)
WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah
Syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat secara umumnya tidak sepatutnya takut dengan perubahan disruptif.
![WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511391349_PTTiga.jpg)
WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda
Ini penting untuk memastikan mereka mampu pergi jauh dalam dunia yang semakin berbeza disebabkan impak teknologi baharu.
![WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511239190_DSNajib.jpg)
WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi
Sistem pendidikan sedia ada perlu dirombak untuk memastikan generasi muda mampu mendepani cabaran di alam pekerjaan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga masa hadapan.
![Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438154416_KUCHING.jpg)
Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13
Forum yang bertemakan 'Perubahan Inovatif: Impak dan Cabaran', akan mencerminkan transformasi yang dialami dunia berikutan idea dan teknologi yang inovatif.
![WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470228179_NajibTunRazak.jpg)
WIEF: "Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing" - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kenyataan supaya dunia Islam menolak campur tangan asing kerana secara jelas tindakan itu akan menghancurkan sesebuah negara.
![WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364948981_295x200.jpg)
WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib
Usaha sama secara inovatif patut bermula dengan pendidikan yang merupakan aspek paling penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Islam Dunia
![Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51383098136_295x200.jpg)
Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji
Perdana Menteri United Kingdom David Cameron memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan gerakan kesederhanaan terhadap ekstremisme.