Usaha sama secara inovatif patut bermula dengan pendidikan yang merupakan aspek paling penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-10.
"Dengan mengutamakan pendidikan, sejak awal usia dan sepanjang hayat, kita mampu membuka peluang baharu untuk rakyat, sumber insan yang baharu untuk perniagaan serta pertumbuhan baharu untuk negara kita.
"Bagi memenuhi objektif ini, usaha sama inovatif antara penyedia pendidikan sektor swasta, kerajaan dan masyarakat perlu dijalin," kata Najib yang juga Penaung Yayasan WIEF dalam ucapan khas pada pembukaan forum tiga hari itu di sini hari ini.
Forum bertema 'Usaha Sama Inovatif untuk Pertumbuhan Ekonomi' itu berlangsung di Madinat Jumeirah di sini hingga 30 Okt.
Turut hadir Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden, Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu dan Pemerintah Dubai; Nursultan Nazarbayev Presiden Kazakhstan, dan Tun Musa Hitam, Pengerusi Yayasan WIEF.
"Pendidikan penting dalam sejarah kita. Sesungguhnya wahyu pertama Allah kepada Nabi Muhammad ialah ‘Baca’. Pada zaman kegemilangan Islam, universiti pertama dunia – Bayt al-Hikma di Baghdad, dan al-Qarawiyyin di Fez – diwujudkan di bumi Islam.
"Dari Kaherah ke Cordoba, cendekiawan dari seluruh dunia bertumpu ke ibu negara Islam untuk belajar, menterjemah dan berbincang, memulihara hasil zaman-berzaman dan meningkatkan pengetahuan manusia dalam segala bidang, daripada astronomi hingglah kepada geografi," katanya.
Najib berkata selama berabad-abad lamanya, umat Islam memimpin dunia dalam pembelajaran, namun di sebalik kejayaan bermakna ini, 'kita tidak menjadikan permulaan yang kukuh ini kepada suatu legasi berkekalan.
Hari ini, katanya 'tidak ramai umat Islam yang boleh membaca atau menulis'. Memetik Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam, Najib berkata kadar buta huruf di beberapa negara Islam kini mencecah 40 peratus dalam kalangan lelaki dan 65 peratus wanita.
"Tradisi kita merintis bidang sains tidak menghasilkan generasi pemimpin saintis moden, hanya dua umat Islam memenangi Hadiah Nobel untuk Kimia atau fizik.
"Kita memiliki universiti tertua di dunia, namun hanya beberapa sahaja yang terbaik di dunia, dan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam membelanjakan satu pertiga daripada purata dunia untuk pendidikan dan pembangunan," katanya.
Akibatnya terlalu ramai umat Islam terlepas peluang - dan terlalu banyak negara Islam hilang aset terbesar mereka iaitu sumber manusia, katanya.
Dengan mengutamakan pendidikan sepanjang hayat, Najib berkata potensi untuk rakyat mengurangkan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan memanfaatkan pertumbuhan Alaf ke-21, boleh direalisasikan.
"Kita perlukan usaha sama baharu dan inovatif sesama pendidik, kerajaan dan swasta serta sektor ketiga untuk menutup jurang itu," katanya.
Najib yang juga Menteri Pendidikan dari 1995 hingga 2000, berkata titik permulaan ialah celik huruf, yang merupakan asas kepada kejayaan.
Beliau berkata menurut Yayasan Literasi Dunia, kos buta huruf kepada ekonomi dunia lebih daripada US$1 trilion setahun.
Namun kos manusia lebih besar; seorang kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu yang celik huruf, 50 peratus mungkin hidup melebihi usia lima tahun, katanya.
"Kita perlu bersatu menyokong gesaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan untuk 'menggunakan segala cara yang ada bagi memastikan rakyat kita boleh membaca, menulis, yang kelak boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.
"Kita harus mengikuti contoh negara-negara Arab, yang kadar celik huruf dalam kalangan dewasa telah meningkat 20 peratus dalam tempoh 20 tahun atau negara-negara Asia Tenggara, dengan kadar celik huruf sentiasa melepasi 90 peratus," katanya.
Di samping usaha untuk meningkatkan kadar celik huruf dalam kalangan dewasa dan belia, Najib berkata 'kita harus terus memberi tumpuan ke atas dasar dan sumber di sekolah'
Beliau berkata pendidikan rendah dan menengah merupakan asas standard yang membolehkan kejayaan dicapai.
Najib berkata laporan UNESCO menunjukkan setiap penambahan tahun bersekolah akan meningkatkan pendapatan seseorang sehingga 10 peratus manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tumbuh sebanyak 0.37 peratus.
Najib menegaskan bahawa seorang aktivis pendidikan paling berani di dunia ialah orang Islam, Malala Yousafzai, pemenang Nobel Keamanan.
Beliau berjaya menarik perhatian dunia terhadap perjuangan yang masih dihadapi gadis-gadis dalam memperoleh pendidikan.
"Kita perlu menghormati keberanian dan usahanya dengan terus memberi tumpuan kepada menyediakan pendidikan berkualiti di sekolah rendah dan menengah untuk semua rakyat kita; menghalang anak-anak muda daripada tercicir dan bekerjasama dengan negara-negara yang minoriti Islam yang cukup besar untuk memahami mengapa sesetengah masyarakat Islam berprestasi rendah, manakala yang lain berjaya," katanya.
"Banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan kualiti dan kapasiti dalam sistem pendidikan. Apabila teknologi semakin menular ke tempat kerja, mewujudkan sektor dan kerjaya baharu, negara-negara kini bersaing untuk mewujudkan ekonomi berasaskan pengetahuan," katanya.
Ini termasuk pengetahuan saintifik, dengan negara seperti Turki dan Iran telah membuat lonjakan besar ke hadapan, katanya.
Dengan melabur dalam penyelidikan dan menyokong kajian saintifik, negara-negara seperti Mesir dan Arab Saudi mewujudkan reputasi yang kukuh dan hasil yang berjaya, katanya.
"Dan untuk menggalakkan sektor teknologi baharu, Dubai, telah merintis jalan, menjadikan ekonomi digital sebagai satu tunggak dasar ekonomi mereka," katanya.
Bagi Malaysia, penerbit sukuk negara pertama di dunia, Najib berkata bahawa Malaysia telah membuat keputusan strategik untuk memberi tumpuan kepada kewangan Islam, dengan institusi dan program dirancang untuk melatih profesional dalam sektor yang pesat berkembang ini.
"Lazimnya, perbincangan tentang pendidikan berhenti di peringkat universiti. Tetapi kita boleh berusaha untuk menggalakkan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Ini termasuk program vokasional dan lepasan ijazah dalam bidang khusus," katanya.
WIEF dianjurkan oleh Yayasan WIEF dengan kerjasama Dewan Perniagaan dan Industri Dubai.
Forum ini mengumpulkan barisan sembilan pemimpin, 12 menteri, empat gabenor bank pusat, 181 penggiat utama dan lebih 2,000 delegasi dari lebih 100 negara.
Najib tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja tiga sempena Edisi ke-10 WIEF.
Bernama
Tue Oct 28 2014
![WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364948981_295x200.jpg)
Usaha sama secara inovatif patut bermula dengan pendidikan iaitu aspek paling penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri. -Gambar fail
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629857668_TBCHAIRMANBETTER.jpg)
Syed Hamid terajui WIEF, ganti Musa Hitam
Syed Hamid merupakan bekas Menteri Luar dan pernah menjadi Menteri Undang-undang dan Ahli Parlimen sejak 1990 hingga 2013.
![WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030 WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628780481_WorldIslamicEconom.jpg)
WIEF: Malaysia sasar capai sifar lapar menjelang 2030
Perbelanjaan sebanyak AS$33 bilion setahun itu akan mampu mengeluarkan 500 juta orang di seluruh dunia daripada masalah kelaparan.
![Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625519138_azmimAli.jpg)
Malaysia dan Qatar komited perkukuh hubungan dua hala - Azmin
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengadakan pertemuan yang sangat bermakna dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Khalid.
![WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511239190_DSNajib.jpg)
WIEF13: 'Jangan takut perubahan disruptif, terimanya' - Awang Tengah
Syarikat-syarikat tempatan dan masyarakat secara umumnya tidak sepatutnya takut dengan perubahan disruptif.
![WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511391349_PTTiga.jpg)
WIEF: Sistem pendidikan masa depan perlu sesuai dengan minat generasi muda
Ini penting untuk memastikan mereka mampu pergi jauh dalam dunia yang semakin berbeza disebabkan impak teknologi baharu.
![WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51511239190_DSNajib.jpg)
WIEF: PM Najib mahu generasi muda dilengkapi kemahiran aras tinggi
Sistem pendidikan sedia ada perlu dirombak untuk memastikan generasi muda mampu mendepani cabaran di alam pekerjaan bukan sahaja pada masa kini tetapi juga masa hadapan.
![Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51438154416_KUCHING.jpg)
Kuching anjur Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13
Forum yang bertemakan 'Perubahan Inovatif: Impak dan Cabaran', akan mencerminkan transformasi yang dialami dunia berikutan idea dan teknologi yang inovatif.
![WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM WIEF: Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81470228179_NajibTunRazak.jpg)
WIEF: "Jangan ada rakyat kita mengundang campur tangan asing" - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi kenyataan supaya dunia Islam menolak campur tangan asing kerana secara jelas tindakan itu akan menghancurkan sesebuah negara.
![WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61364948981_295x200.jpg)
WIEF: Usaha sama dalam pendidikan penting untuk pertumbuhan - Najib
Usaha sama secara inovatif patut bermula dengan pendidikan yang merupakan aspek paling penting untuk pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Forum Ekonomi Islam Dunia
![Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/51383098136_295x200.jpg)
Pendekatan kesederhanaan Najib terhadap pelampau dipuji
Perdana Menteri United Kingdom David Cameron memuji Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang mengilhamkan gerakan kesederhanaan terhadap ekstremisme.