"DI SEBALIK NAMA”, terjemahan buku sulung saya “What’s in a Name” tentang keluarga, kerjaya dan jiwa Malaysia kini berada di pasaran.
Versi Bahasa Inggeris telah menjadi ‘bestseller’; saya harap dengan ini ramai lagi orang dapat membaca cerita saya dan mudah-mudahan pembaca dapat manfaat daripada isi buku ini.
Buku ini bukan sahaja menyentuh tentang kenangan saya bersama arwah ayahanda saya, Tun Abdul Razak, namun juga membincangkan warisan beliau yang tersurat dan tersirat, dan kesan dasar-dasar yang beliau perkenalkan kepada kita hari ini.
Pengalaman saya di CIMB dan dunia korporat Malaysia juga merupakan sebahagian besar daripada kandungan dalam buku ini.
BACA: What's in a Name: Apa kaitan PSY dengan Jho Low dan Najib? Ini cerita Nazir...
BACA: What's in a Name: "1MDB subjek 'taboo', Najib fikir saya cemburu dengan Jho Low" - Nazir
BACA: What's in a Name: Sampai bila raksasa berkepala tiga akan ganggu Malaysia? - Nazir
Selain itu, buku ini juga memperihalkan raksasa berkepala tiga yang mencengkam negara – politik wang, rasuah, dan politik identiti - serta idea-idea menghadapinya ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik.
Penulisan buku ini mencabar dan membabitkan proses mengumpul semula memori dan rekod tentang pengalaman saya yang dapat menarik minat pembaca.
Buku versi bahasa Malaysia ditawarkan pada harga mesra pembaca iaitu RM49, manakala harga versi bahasa Inggeris ialah RM89.
Kedua-dua buku “Di Sebalik Nama” terbitan Alaf 21 dan “What’s in A Name” terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan.
Nazir Razak
Mon Apr 18 2022

Kedua-dua buku "Di Sebalik Nama" terbitan Alaf 21 dan "What's in A Name" terbitan Whitefox boleh didapati di kedai-kedai buku berdekatan. - Foto Nazir Razak

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Ikhlas Capital milik Nazir Razak melabur sehingga RM188.5 juta dalam Food Empire Singapura
Menurut theedgesingapore.com, pelaburan itu dibuat melalui syarikat tujuan khas di bawah firma pelaburan Ikhlas Capital Singapura.

'Takdir mempertemukan kami semula..." - Nazir dedah kisah pertemuan dengan Yati
Tan Sri Mohamed Nazir dilaporkan telah sah menjadi suami kepada pilihan hatinya, Yati Zainuddin semalam.

Nazir Razak selamat bernikah dengan Yati Zainuddin
Adik kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Nazir mencuri perhatian netizen selepas tular sekeping gambar yang memperlihatkan beliau mengenakan busana pengantin serba putih.

Tun Musa Hitam selesai jalani pembedahan otak selepas jatuh ketika berkebun
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam selesai menjalani pembedahan pada otak selepas jatuh semasa berkebun pada minggu lepas.

Nazir Razak akhiri perkhidmatan sebagai Pengerusi BPMB
Nazir Razak bersara sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif BPMB berkuat kuasa 22 April ini selepas tamat tempoh dua tahun perkhidmatan.

Nazir Razak dilantik Pengerusi ASEAN-BAC, Tony Fernandes, Lim Chern Yuan sebagai Ahli Majlis
Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia mengumumkan pelantikan Tan Sri Nazir Razak, pengerusi dan pengasas bersama Ikhlas Capital, sebagai pengerusinya bagi tempoh 2023-2026.

Nazir bimbang Najib ditipu Jho Low, pengurusan 1MDB - Saksi
Mohamed Nazir Razak pernah menyuarakan kebimbangan bahawa abang sulungnya, Najib, telah ditipu oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

Lepas tonton One Cent Thief, baru tahu maksud 'Out of Service' di mesin ATM
Siri Astro Originals ini juga turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

MAPEN 2.0 mungkin mampu elak Malaysia jadi negara gagal
Cadangan Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Tan Sri Nazir Razak agar Majlis Perundingan Negara (MAPEN) 2.0 di bawah Majlis Raja-raja diwujudkan dilihat wajar dipertimbang.

Cadangan tiru Hong Kong banteras rasuah tidak sesuai - TI-M
Katanya, undang-undang antirasuah kita sudah baik, cuma perlu diperketatkan penguatkuasaannya sahaja.