KOTA TINGGI: Waris Sulu mungkin dipergunakan negara barat bagi menuntut kerajaan Malaysia membayar tuntutan tidak masuk akal mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, waris Sulu menuntut bayaran sebanyak AS$16 bilion atau bersamaan RM73.46 bilion termasuk caj tuntutan daripada Malaysia.
"Saya dimaklumkan dua tiga hari lalu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun menerima surat daripada peguam waris Sulu menulis surat yang amat biadab, mendakwa mereka bukan sahaja ada hak ke atas Sabah malah berhak ke atas tuntutan dari Malaysia.
"Tuntutan sebanyak AS$14.92 bilion (RM68.50 bilion) kini meningkat kononnya dikenakan faedah dan kini berjumlah AS$16 bilion (RM73.46 bilion).
"Surat peguam waris Sulu itu sudah dijawab Peguam Negara yang menyatakan jangan memandang rendah keupayaan Malaysia sebagai sebuah negara Islam berdaulat dan merdeka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak projek Pembinaan Mahkamah Baharu Pengerang di Bandar Penawar, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Pengerang itu turut mempersoalkan tindakan waris Sulu tidak membuat tuntutan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di Belanda sebaliknya memilih untuk menggunakan Mahkamah Timbang Tara Komersial.
"Saya cabar mereka (waris Sulu) jika betul nak tuntut dari segi hak kononnya ini (Sabah) kawasan dan hak mereka, pergilah tuntut di ICJ.
"Jadi sebenarnya saya melihat ini sebagai satu taktik untuk mereka dapat duit daripada Malaysia dengan menggunakan platform undang-undang perniagaan menerusi Mahkamah Timbang Tara Komersial.
"Saya melihat waris Sulu ini dipergunakan oleh segolongan tertentu di negara barat hanya untuk proses menuntut Malaysia membayar duit kepada mereka," katanya.
Dalam pada itu, Azalina berkata, kerajaan akan meneliti keputusan Mahkamah Rayuan Paris yang akan membuat keputusan 'partial award' berhubung tuntutan waris Sulu.
"Saya maklumkan barisan peguam, jika waris Sulu kalah dalam tuntutan mereka, Malaysia perlu tuntut kos supaya bayar balik ganti rugi kos kita melantik peguam antarabangsa yang begitu tinggi," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 02 2023

Azalina (tiga, kanan) melawat tapak projek Mahkamah Pengerang yang baharu di Bandar Penawar hari ini. --fotoBERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

DUN Sabah: Shafie Apdal hantar semula usul bahas tuntutan waris Sultan Sulu
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghantar semula usul membahas dan membincangkan mengenai ancaman keselamatan daripada waris Kesultanan Sulu.

DUN Sabah: Usul bahas tuntutan waris Kesultanan Sulu ditolak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini menolak usul untuk membincang dan membahas mengenai ancaman keselamatan waris Kesultanan Sulu.

AGC perlu guna keputusan Mahkamah Tinggi KK tolak tuntutan waris Kesultanan Sulu - Pakar
Jika tiada tindakan lanjut, berkemungkinan besar aset lain milik Malaysia terdedah kepada risiko tindakan penguatkuasaan timbang tara itu

Dua aset Petronas dirampas Waris Kesultanan Sulu - Laporan
Peguam pihak yang menuntut itu dilaporkan merampas aset syarikat petroleum itu yang didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus.

Wakil 'Sultan Sulu' mohon izin ke Sabah
Wakil kepada waris Kesultanan Sulu berharap Malaysia memberi kebenaran untuk ke Kota Kinabalu merundingkan penyelesaian krisis di Sabah.