Wakil kepada waris Kesultanan Sulu berharap kerajaan Malaysia akan memberi kebenaran kepada beliau untuk datang ke Kota Kinabalu bagi merundingkan penyelesaian ke atas krisis pencerobohan di Sabah yang telah berlarutan sejak empat minggu.
Esmail Kiram II berharap kerajaan Malaysia akan bersetuju kepada cadangan itu selepas cadangan pertama agar rundingan diadakan di Brunei ditolak.
"Saya merayu kepada saudara-saudara di Malaysia marilah bersama-sama menyelesaikan isu ini … secepat mungkin," kata Esmail seperti dipetik oleh media Filipina, Rappler.com.
Esmail ialah adik kepada Jamalul Kiram III yang diangkat sebagai Sultan Sulu dan abang kepada Azimuddie Kiram.
Esmail berkata demikian dalam sidang media di Makati selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, Manuel Roxas II.
Roxas dalam sidang media berasingan menjelaskan pertemuan tersebut antara lain membincangkan soal pengunduran saki-baki pengikut Jamalul Kiram III yang masih diburu oleh polis dan tentera Malaysia di Sabah.
Menurut Roxas, pada perbincangan itu, keluarga Kiram telah membangkitkan beberapa persoalan dan kebimbangan mereka.
"Kami membincangkan hal-hal sudah ada dalam pengetahuan umum misalnya gesaan pemimpin Malaysia supaya mereka menyerah diri. Jadi, salah satu soalan yang dibangkitkan ialah bagaimana cara dan kaedah untuk itu. Itu antara contoh soalannya," kata Roxas.
Roxas juga menjelaskan, perbincangan tersebut tidak menyentuh bilakah tarikh akhir pengunduran berkenaan ditetapkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu menolak gencatan senjata yang diisytiharkan oleh Jamalul sebaliknya mahu kumpulan yang dilabel sebagai pengganas itu yang sehingga ini dikepung oleh tentera dan polis dekat Lahad Datu.
Roxas turut menjelaskan perbincangan tersebut tidak menyentuh secara langsung soal imuniti kepada pengikut waris Kesultanan Sulu.
Roxas dan Esmail bagaimanapun enggan mendedah dengan lanjut butir perbincangan itu kerana ia perlu dibentangkan kepada Presiden Benigno Aquino III terlebih dulu.
Sementara itu, Esmail menafikan Jamalul menyekat beliau daripada pergi ke Kota Kinabalu sebelum ini untuk merundingkan krisis berkenaan. Sebaliknya kata Esmail, beliau sendiri yang tidak mahu pergi memandangkan keadaan yang berbahaya.
Krisis pencerobohan itu sehingga ini membunuh sekurang-kurangnya 62 orang iaitu seramai lapan anggota polis dan 54 pengganas.
Pihak berkuasa juga menahan lebih 110 orang bagi menyiasat penglibatan mereka dalam membantu kumpulan pengganas itu.
Astro Awani
Mon Mar 11 2013

[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

55 rumah diroboh dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu
Sebanyak 55 rumah setinggan dirobohkan dalam Operasi Perobohan Koloni Setinggan di Kota Kinabalu hari ini bagi membanteras jenayah dan memastikan keselamatan serta keselesaan penduduk sekitar.

Kastam gagal cubaan seludup dadah lebih 81 kg bernilai RM2.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis methamphetamine seberat 81.34 kilogram (kg) yang bernilai RM2.6 juta ke Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Dis lepas.

Wanita maut tercampak keluar kereta dipandu suami
ACP Kasim Muda berkata, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu jenis Honda Accord dan Perodua Alza.

Sambutan Hari Malaysia 2024: Cabaran dihadapi cerminan perpaduan rakyat Malaysia
Sambutan Hari Malaysia 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah bermula jam 6 petang pada 16 September ini.

Serangan memerang: Operasi Taman Perdana Tanjung Aru ditutup serta-merta
Penutupan itu susulan insiden serangan kumpulan memerang terhadap orang awam yang sedang berjoging di taman itu pada Rabu.

Dua rentung dalam nahas tiga kenderaan
Identiti kedua-dua mangsa yang menaiki Perodua Axia dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, belum diketahui setakat ini.

AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.

51 rumah setinggan dirobohkan, enam warga asing ditahan dalam operasi di Kota Kinabalu
Pendatang yang ditahan berusia antara 25 dan 50 tahun, disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.

Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.

Program Pengajaran Bahasa Inggeris: AS sedia adakan perkongsian dengan Malaysia - Duta
Amerika Syarikat sentiasa terbuka untuk membincangkan perkongsian dengan Malaysia bagi melaksanakan program pengajaran bahasa Inggeris.