KOTA KINABALU: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menghantar semula usul membahas dan membincangkan mengenai ancaman keselamatan daripada waris Kesultanan Sulu.
Difahamkan, usul itu akan dihantar Mohd Shafie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang pada esok.
Selain itu, beliau menzahirkan kekecewaan berikutan usul permohonan perbahasan tersebut ditolak DUN Sabah dan Dewan Rakyat.
"Saya amat kesal bila mana berlaku isu yang penting kepada negara Malaysia seperti ini tidak dibahaskan. Isu ini bukan hanya berhubung kait dgn kedaulatan negara tetapi juga keselamatan nyawa manusia.
"Saya suarakan perkara itu di landasan berdaulat seperti DUN Sabah. Kalau suara rakyat Sabah tidak kedengaran di dewan ini, kita semua bergantung kepada Dewan Rakyat yang ada," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, beliau berharap pimpinan negara mengambil berat tentang kejadian aset Petronas di Azerbaijan dirampas waris kesultanan Sulu.
"Keselamatan kedaulatan ini cukup penting untuk kita jadi saya sangat kesal apa yg berlaku saya berharap pimpinan negara kita mengambil berat tentang apa kejadiannya berlaku di Azerbaijan.
"Apa peranan duta kita di luar negara, mereka tidak memaklumkan? Saya harap perkara ini akan mendapat perhatian daripada pihak pemerintah negara Malaysia untuk meneliti bagaimana dasar sistem keselamatan negara kita," katanya.
Alexion Mairin
Mon Jul 18 2022

Mohd Shafie (gambar) berharap pimpinan negara mengambil berat tentang kejadian aset Petronas di Azerbaijan dirampas waris kesultanan Sulu.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.

Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.

Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.

DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/

DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan