KUALA LUMPUR: Melengkapkan tempoh lima tahun pemerintahan dengan pelbagai cabaran, keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah meninggalkan kesan kepada rakyat.
Tinjauan Bernama di laman sosial mendapati rata-rata warga siber meluahkan rasa sedih bercampur bangga kerana sempat merasai tampuk pemerintahan Seri Paduka bersama suri hati yang sentiasa mencuit emosi dan hati rakyat.
Pengguna laman X@salzian dalam hantarannya berkata Al-Sultan Abdullah telah menyumbangkan jasa ketika negara menghadapi momen getir sudah pasti akan diingati sebagai antara Yang di-Pertuan Agong terbaik pernah menerajui tampuk pemerintahan negara.
"Tuanku sudah pasti akan dikenang sebagai seorang daripada Agong terbaik Malaysia. Warisan baginda akan bergema sepanjang masa, bukti pemerintahan yang luar biasa. Daulat Tuanku!" menurut hantaran di akaun itu.
Bagi @khairunnisa2023, pemerintahan Al-Sultan Abdullah yang penuh liku dan ranjau terutamanya dalam menyelesaikan kemelut politik negara sehingga terbentuknya Kerajaan Perpaduan adalah bukti kebijaksanaan yang telah memberi impak signifikan dalam membentuk kestabilan negara.
"Tuanku telah membuktikan kebijaksanaan Tuanku sepanjang menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan membentuk Kerajaan Perpaduan. Pemerintahan Tuanku akan dikenang oleh rakyat. Daulat Tuanku!," katanya menerusi laman X.
Selain itu, ramai warga siber turut memuji sikap Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat selain sering mengangkat martabat wanita.
"Terima kasih kerana telah melakar sejarah yang cukup bermakna buat Malaysia. Juga Agong yang sentiasa mengangkat martabat isteri semasa mana-mana istiadat.
"Mulut tidak lekang menyebut fungsi Permaisuri Agong. Tahniah baginda berdua. Memerintah dengan penuh bijaksana," komen pengguna dengan nama Farish Harraz Haura di Facebook.
Faizarul Ilya Madznan di laman Facebook pula berkata: "Rasa kehilangan pula apabila hari ini hari terakhir Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong... sedih kerana negara kehilangan Yang di-Pertuan Agong berjiwa rakyat," komennya di laman Facebook.
Al-Sultan Abdullah yang memegang tampuk kepimpinan negara selama lima tahun bermula 30 Jan 2019 akan digantikan oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 30 2024

Ramai warga siber turut memuji sikap Al-Sultan Abdullah yang berjiwa rakyat selain sering mengangkat martabat wanita. - Gambar Bernama

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Mekanik ditahan kes video tular pukul anjing peliharaan guna tukul besi
Seorang mekanik ditahan kerana disyaki memukul seekor anjing peliharaannya menggunakan tukul besi di sebuah taman perumahan di Taman Ria, di sini.

Anak menteri kahwin di negara jiran, sorok daripada keluarga - KPN
Polis mengesahkan sijil nikah anak seorang menteri Kabinet adalah sah selepas mereka berkahwin di negara jiran pada September lalu.

Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.

Polis tahan lelaki terlibat kemalangan kereta yang tular di laman sosial
Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Taman Sungkai Perdana, Sungkai, yang tular di laman sosial baru-baru ini telah ditahan polis hari ini.

Garis badai bawa ribut petir, hujan lebat punca banjir di KL - MetMalaysia
Banjir kilat di sekitar ibu negara pagi ini berpunca daripada pergerakan garis badai yang membawa bersama ribut petir dan hujan lebat.

Pempengaruh perlu jadi pembayar cukai, tunjuk contoh kepada masyarakat - LHDN
Pempengaruh (influencer) masih perlu menjadi pembayar cukai walaupun tidak menerima bayaran secara berkala seperti individu yang menerima pendapatan tetap setiap bulan.

Program larian disertai pelancong berpakaian tidak sopan bukan anjuran kerajaan Johor
Program larian yang didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Lelaki rugi RM124,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Lelaki warga tempatan kerugian RM124,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi laman sosial.

Hina Agong: Iswardy Morni diperintah bela diri
Mahkamah Sesyen memerintahkan seorang aktivis membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Agong.

Umat Islam diajak hayati sambutan Maulidur Rasul, perbanyak selawat
Ahmad Zahid mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1446 Hijrah kepada semua umat Islam dan mengajak mereka menghayati nilai-nilai murni yang telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.