Seorang lelaki warga emas rentung apabila rumah papan yang didiaminya musnah dalam satu kebakaran di Pengkalan Semeling Merbok dekat Sungai Petani malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Saad Rashid berusia 88 tahun , dipercayai tinggal berseorangan di rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba Rosdi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.36 malam.

Anak mangsa Salim Saad berkata, beliau sempat berhari raya dengan bapa petang kelmarin.

Seorang saksi warga Indonesia memberitahu beliau cuba menyelamatkan mangsa tetapi gagal masuk ke dalam rumah kerana api terlalu marak.

Mayat kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.