KOTA BHARU: Seorang warga emas dipercayai dalam perjalanan mengambil cucu di sebuah sekolah maut akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat Pejabat Pendidikan Daerah Telipot di sini.
Ketika kejadian pada jam 1 petang Ahad itu, mangsa, Abdullah Seman, 71 menunggang motosikal Yamaha Lagenda dari arah Taman Maju ke Masjid Telipot melalui Jalan Telipot.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa ketika tiba di lampu isyarat telah dikesan meneruskan perjalanan ke sekolah.
"Pada masa sama datang sebuah lori dari persimpangan kiri mangsa dan terlanggar bahagian sisi kiri motosikal yang ditunggangnya.
"Kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dan topi keledar tertanggal mengakibatkan kecederaan teruk di bahagian kepala," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Mohd Rosdi memberitahu, warga emas itu kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia untuk bedah siasat.
"Polis kini masih sedang mengesan pemandu lori dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 05 2023

Kemalangan di persimpangan lampu isyarat Pejabat Pendidikan Daerah Telipot, Kota Bharu mengakibatkan seorang warga emas maut pada Ahad. - Foto ihsan Ketua Polis Daerah Kota Bharu

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Nahas enam kenderaan: Pemandu lori positif dadah
Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki berusia 30 tahun itu mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.

Saksi kemalangan ambulans di Putrajaya diminta tampil bantu siasatan
Ambulans tersebut dalam perjalanan dari Presint 18 mengambil pesakit dan menghala ke Hospital Putrajaya.

Lori rempuh dua kenderaan, gara-gara kereta keluar simpang mengejut
Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kesemua mangsa yang terlibat.

Van sekolah terbalik dirempuh treler di Gua Musang, 3 pelajar cedera parah
Kesan rempuhan tersebut, van berkenaan diseret sejauh 19 meter sebelum terbalik bersama-sama seorang pemandu dan 15 penumpang pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun.

Polis tahan lelaki ugut, khianat pemandu lain di lampu isyarat Pasir Gudang
Kejadian dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya, kira-kira pukul 2.15 petang.

Warga emas maut, tak sempat ambil cucu di sekolah
Kemalangan menyebabkan mangsa terjatuh dan topi keledar tertanggal mengakibatkan kecederaan teruk di bahagian kepala.

Penghantar makanan maut dilanggar di lampu isyarat
Akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail terbabas lalu merempuh dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.

Wanita maut kereta rempuh pacuan empat roda
Siasatan mendapati pacuan empat roda itu bergerak untuk melintasi lampu isyarat berwarna hijau.