PASIR GUDANG: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan dan perbuatan khianat terhadap seorang pemandu lain, di persimpangan lampu isyarat di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, telah menangkap lelaki itu di kawasan Pasir Putih di sini, pada pukul 6.20 petang.
Beliau berkata kejadian itu dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 35 tahun itu, dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya, kira-kira pukul 2.15 petang.
Tambah beliau, dia kemudiannya bertindak menghimpit dan melanggar belakang kereta mangsa, sebelum mereka kemudiannya berhenti di tepi jalan dan dia mengeluarkan sebatang besi lalu mengugut untuk memukul mangsa.
"Selain itu, kita turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan sebatang besi berukuran 60 sentimeter.
"Bagaimanapun, hasil semakan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd Sohaimi berkata lelaki itu kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Mohd Sohaimi berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki tempatan kerana memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa lesen, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Jaya di sini, petang semalam.
Beliau berkata lelaki berusia 28 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5.10 petang dan pihaknya turut merampas kesemua barangan tersebut, yang dianggarkan bernilai RM8,000 dan dipercayai untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang.
Mohd Sohaimi berkata antara yang dirampas ialah tiga guni mercun bola Thai, satu kotak mercun 'Happy Boom' Padi, satu kotak mercun 'Happy Boom Sunset Bar' dan satu kotak mercun 'Happy Boom Assorted Celebrations Cake.
"Bagaimanapun, hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
"Lelaki itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari bermula hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, telah menangkap lelaki itu di kawasan Pasir Putih di sini, pada pukul 6.20 petang. -Gambar fail/Twitter Bernama
Young Robot Challenge dedah belia tentang bidang teknologi robotik
Youth Robot Challenge 2024 anjuran Kementerian Belia dan Sukan menjadi platform perkongsian idea, pengetahuan dan pendedahan golongan belia dalam bidang teknologi robotik di negara ini.
RUU Mufti Wilayah Persekutuan relevan untuk menyatupadukan masyarakat - RAM
Rang undang-undang itu dilihat sebagai amat relevan dalam usaha menyatupadukan pelbagai latar belakang masyarakat di negara ini.
MINDEF kaji semula SOP penugasan anggota tentera - Adly
Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) dan menambah baik aspek keselamatan serta komunikasi anggota tentera semasa melaksanakan penugasan di lapangan.
MAD terima RM50,000 menerusi peruntukan menteri - Hannah
MAD menerima RM50,000 menerusi peruntukan menteri bagi terus memupuk minat dan penglibatan sukan berkenaan di peringkat akar umbi.
Kehadiran ATM di Timur Sabah tingkat keyakinan, rancak ekonomi
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Polis tahan lelaki ugut, khianat pemandu lain di lampu isyarat Pasir Gudang
Kejadian dipercayai berpunca apabila lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang telah memotong kenderaannya, kira-kira pukul 2.15 petang.