Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kampung Caruk Pelanduk, dekat Sik, Kedah, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan jam 11.40 malam berhubung kejadian itu.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik bersama lapan anggota dan dua jentera dari BBP Sik kemudian digerakkan ke lokasi kejadian.
Menurut Mohamadul Ehsan, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Waja dengan motosikal jenis Honda Wave.
Mangsa yang menunggang motosikal ditemukan terbaring berlumuran darah di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Mar 07 2020
![Warga emas maut nahas motosikal dan kereta di Sik Warga emas maut nahas motosikal dan kereta di Sik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444563784_MotorsikalKemalangan.jpg)
Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Sik. -Gambar hiasan
![Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717766133_WongKahWoh.jpg)
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
![Olimpik Paris 2024: I'm sorry Malaysia - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat Olimpik Paris 2024: I'm sorry Malaysia - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723386047_ShahFirdausSahrom.jpg)
Olimpik Paris 2024: "I'm sorry Malaysia" - Shah Firdaus sukar terima impian pingat berkecai dalam beberapa saat
"Jika saya tidak beri cabaran langsung untuk pingat saya boleh terima tetapi ini susah untuk hadam."
30,000 petugas di hari terakhir sukan Olimpik Paris 2024
Lebih 30,000 anggota keselamatan akan memastikan hari terakhir sukan Olimpik berjalan lancar.
Kesihatan PM Anwar pada tahap optimum
Tahap kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum.
Shafie nafi tidak sokong pentadbiran Anwar
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sentiasa menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya membangkitkan hal-hal tertangguh dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) demi kepentinganb rakyat Sabah.
OperasI SAR ditangguhkan akibat cuaca buruk
Pencarian dua lagi mangsa tragedi bot karam di Perairan Kemaman ditangguhkan susulan cuaca buruk dan laut bergelora pada petang Ahad.
![Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723392456_TBAZIZULHASNI.jpg)
Azizulhasni tunai janji kepada keluarga, Paris 2024 terakhir
"Saya ada banyak perancangan tapi saya cuma mahu berehat, meluangkan masa bersama keluarga dan relaks dahulu."
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 11 Ogos 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Laporan Khas Bulan Kebangsaan: Disiplin fiskal persiapan cabaran masa depan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, menyingkap amalan fiskal Singapura dalam mempersiapkan rizab kewangan mencukupi untuk mendepani cabaran-cabaran masa depan.
![Warga emas maut nahas motosikal dan kereta di Sik Warga emas maut nahas motosikal dan kereta di Sik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444563784_MotorsikalKemalangan.jpg)
Warga emas maut nahas motosikal dan kereta di Sik
Mangsa yang menunggang motosikal ditemukan terbaring berlumuran darah di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.