REMBAU: Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban - Tampin pada 1.15 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata wanita terbabit dalam perjalanan pulang selepas mengaji di Madrasah Bongek di sini.
Menurut beliau, kemalangan itu membabitkan kenderaan Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff berusia 66 tahun dengan dua kenderaan lain iaitu Proton Iswara dan Proton Wira masing-masing dipandu lelaki berusia 49 tahun dan 22 tahun.
"Mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira dari arah belakang Proton Iswara itu tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa di sebelah kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala, manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan pemandu Proton Iswara pula menerima rawatan lanjut di Hospital Rembau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2024
Seorang wanita warga emas maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 32.5 Jalan Seremban - Tampin pada 1.15 tengah hari tadi. - Foto Sinar Harian
Pesara polis terkejut terima kunjungan Ahmad Zahid
Mohammad Fauzi tidak dapat menyembunyikan riak wajah terkejut sebaik melihat sosok pemimpin nombor dua negara itu ke kediamannya.
Gelora udara: 'Kami fikir akan mati' - Penumpang Air Europa kongsi pengalaman ngeri
Ada penumpang Air Europa tercampak sehingga ruang bagasi atas kepala akibat kejadian gelora udara.
Banjir Sabah: MCMC berjaya pulih 14 menara pemancar telekomunikasi
MCMC berjaya memulihkan 14 daripada 41 menara pemancar telekomunikasi di beberapa kawasan Pantai Barat Sabah.
116 terbunuh dalam rempuhan perhimpunan agama di India
"Orang ramai keluar berpusu-pusu dari tempat perhimpunan apabila ribut debu mengaburkan penglihatan mereka menyebabkan berlaku huru-hara dan insiden tragis itu."
Semua penaja pendidikan Sabah digabungkan dalam portal PTPS - Hajiji
Sabah melakar sejarah apabila menggabungkan semua penaja utama dalam pendidikan di negeri itu di bawah satu platform dikenali Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).
Aktiviti jenayah siber di Telegram naik sebanyak 53 peratus pada Mei dan Jun 2024
Aktiviti jenayah siber di Telegram meningkat sebanyak 53 peratus pada Mei hingga Jun 2024 berbanding tempoh sama tahun lepas, menurut data Perisikan Jejak Digital Kaspersky.
Peningkatan sumbangan KDNK Selangor bukti keyakinan komuniti perniagaan terhadap kepimpinan kerajaan - Amirudin
Kejayaan Selangor dalam menerajui sumbangan KDNK negara sebanyak 25.9 peratus, bukti keyakinan komuniti perniagaan serta rakyat terhadap pentadbiran negeri yang selari dengan kerajaan Persekutuan.
Pusat Kecemerlangan Industri GiatMARA lahir pelatih mahir teknologi motosikal
Pusat itu bakal menyediakan pelatih yang berkemahiran tinggi dalam teknologi motosikal berkuasa tinggi bagi memenuhi keperluan industri.
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
Melaka sasar 400 syarikat pengeksport berdaftar dengan MATRADE
Kerajaan negeri menyasarkan 400 syarikat pengeksport di Melaka berdaftar dengan MATRADE bagi meningkatkan produktiviti dan keuntungan syarikat berkenaan.
PRK Sungai Bakap: Bagaikan sambut raya, Tok Siah teruja mahu pakai kebaya keluar mengundi
Dia suka mendengar perkataan 'turun mengundi' kerana itulah masa terbaik untuk dirinya bersiap ibarat mahu menyambut Hari Raya.
Bomba selamatkan warga emas pengsan di puncak Bukit Batu Putih
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.13 petang.
Negara menua: Perlu PPR mesra warga berusia - Pakar
Kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.
Ibu warga emas dipercayai dibunuh, anak OKU mental
Seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang mempunyai masalah mental dalam kejadian di sebuah taman perumahan di Bahau, dekat sini hari ini.
Lelaki warga emas ditemukan lemas di tasik
Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini.
Profesion penjaga warga emas perlu diiktiraf, kurangkan kebergantungan pekerja asing
Profesion sebagai penjaga warga emas perlu diiktiraf bagi menggalakkan rakyat tempatan menjadikannya kerjaya sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan pusat penjagaan terhadap pekerja asing.
Warga emas rugi RM3.5 juta urusan jual beli tanah
Seorang lelaki warga emas mendakwa kerugian RM3.5 juta selepas tidak menerima wang bayaran hasil penjualan dua lot tanah miliknya kepada sebuah syarikat di Ampang, Selangor.
Warga emas maut motosikal bergesel dengan treler
Seorang warga emas berusia 61 tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bergesel dengan sebuah treler.
Wanita warga emas rugi lebih setengah juta diperdaya 'pegawai NSRC'
Seorang wanita warga emas kerugian RM584,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon, awal bulan lepas.
Warga emas rugi RM2.27 juta terperdaya pelaburan diiklankan melalui WhatsApp
Lelaki berusia 75 tahun itu mendakwa dia mula terjerat dengan penipuan terbabit sejak 19 Disember tahun lepas.