KEMAMAN: Seorang warga emas maut sementara isterinya cedera selepas kereta dinaiki dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran kawasan Perindustrian Kerteh, di sini, petang Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, Che Malias Harun, 69, yang memandu kereta jenis Perodua Bezza disahkan meninggal dunia di lokasi dan isterinya, Missroheemah Dueloh, 51, cedera di bahagian kaki kiri.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, pasangan suami isteri terbabit dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Geliga, Chukai, di sini, selepas membeli madu di Kampung Merchang, Marang.
"Tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh, menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali sebelum terbalik di kiri jalan," katanya ketika dihubungi, pada Sabtu.
Hanyan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut, sementara isterinya yang cedera di anggota badan dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan susulan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 27 2021
![Warga emas maut, isteri cedera nahas Warga emas maut, isteri cedera nahas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637981018_Nahas.jpg)
Mayat mangsa di lokasi sebenar diangkat untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan selanjutnya. -Foto ihsan polis
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730269182_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pelajar ditemukan meninggal dunia di asrama kolej
Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakan sebiliknya pada jam 5 pagi dan dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.
![Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723185809_tbHanyanRamlan.jpg)
Hilang barang kes: Tiga anggota polis dibebaskan dengan jaminan
Tiga anggota polis yang direman berhubung kehilangan barang kes di stor penyimpanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman telah dibebaskan dengan jaminan polis.
![Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720919932_dera.jpg)
Suami isteri ditahan dipercayai dera dua anak
Kedua-dua suspek ditahan di kediaman mereka di Jalan Jabor Kubur di sini kira-kira 8 malam selepas aduan oleh orang awam.
![Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716020097_bayi.jpg)
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
![Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705564728_HandcuffGari.jpg)
Kes rogol pelajar Tingkatan 4: Ibu kandung mangsa direman 7 hari
Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari ke atas wanita berusia 43 tahun itu bermula Ahad hingga Sabtu depan.
![Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688184641_GenericBaby.jpg)
Bayi perempuan baru lahir ditemui di lantai kedai jual ayam
Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai pemilik kedai berkenaan kira-kira jam 7.50 pagi tadi.
![Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688353924_lemas.jpg)
Kepala air Jeram Air Putih: Hari kedua operasi SAR disambung, kesan lapan lagi mangsa
Pada operasi hari ini, pasukan akan memulakan pencarian pada radius 8km dari lokasi kejadian di kiri dan kanan tebing jeram.
![Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688082012_TBTerenggganuRemaja.jpg)
Remaja 13 tahun ditahan pandu kereta tanpa lesen
Remaja terbabit juga tidak mengendahkan arahan polis supaya memberhentikan kenderaan malah terus memecut melarikan diri.
![Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/41675463098_TBsamun.jpg)
Polis tahan dua pekerja pusat hiburan terlibat rompakan bersenjata
Kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan kira-kira jam 4 pagi Khamis dalam dua tangkapan berasingan.
![Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/61673472233_BekasBanduan.jpg)
Bekas banduan aktif pecah rumah ditahan polis
Suspek berusia 40 tahun berjaya ditahan hasil risikan pasukan polis selepas menerima rakaman video daripada seorang saksi.