Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor, mangsa berusia 64 tahun itu sedang berjalan di tepi sebelum tiba-tiba dilanggar tayar dari lori muatan minyak sawit terbabit.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati lori berkenaan dari arah Sandakan menuju Lahad Datu.
"Setiba di tempat kejadian, tayar kiri lori tanker tersebut tercabut dan terkena mangsa yang sedang berjalan di bahu jalan arah yang sama.
"Setiba di tempat kejadian, tayar kiri lori tanker tersebut tercabut dan terkena mangsa yang sedang berjalan di bahu jalan arah yang sama.
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pegawai perubatan daripada Hospital Lahad Datu akibat kecederaan teruk di kepala.
Mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat.
Jelas Nasri, pemandu lori berusia 42 tahun itu ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.