Seorang warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, mangsa, Ismail Abas, 72 tahun, yang memandu kereta itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada.
Anaknya, Siti Zuraidah, 31 tahun, yang mengalami pendarahan dalaman, dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan.
"Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Lembing selepas pergi ke rumah seorang menantunya di Rompin.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang memandu Perodua Myvi telah hilang kawalan selepas melalui selekoh dan memasuki laluan bertentangan.
"Kereta mangsa kemudiannya bertembung dengan sebuah kereta jenis Nissan Sentra yang tidak dapat mengelak ekoran jarak yang terlalu hampir," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Amran berkata pemandu kereta Nissan Sentra, Mansor Ibrahim, 57, yang juga pembantu makmal sekolah di Kuantan, juga dihantar ke HTAA kerana patah paha dan cedera pada tumit kaki kanan, manakala mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Pekan untuk dibedah siasat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 09 2018
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian dada. - Foto Facebook Info Roadbloack Polis/JPJ
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Dua maut, seorang cedera kemalangan tiga motosikal di Tanah Merah
Dua maut manakala seorang cedera ringan selepas motosikal yang ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah.
[TERKINI] Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa membunuh
Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah majistret Mersing atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam but kereta bulan lalu.
tenaga kerja, buruh, teknologi, masa depan pekerjaan, Buletin AWANI
Profesor Sumber Manusia & Hubungan Industri, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof Dr Balakrishnan Parasuraman mengupas berkenaan masa depan tenaga kerja negara termasuk melihat kepada cabaran, peluang dan ruang penambahbaikan.
Pasang kamera papan pemuka untuk tingkat keselamatan jalan raya - Lee
Pemilik kenderaan di negara ini digesa untuk memasang kamera papan pemuka (dashcam) sebagai langkah keselamatan penting.
Suspek kes tetak mentua ditahan di Melaka
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata suspek berusia 36 tahun itu ditangkap di Malim, Melaka.
Tiga beranak maut dalam nahas MPV dilanggar lori ais
Perodua Alza berkenaan dipercayai hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dilanggar lori.
Warga emas maut, suami parah kereta dilanggar treler
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Hasiah Yaakob, 61, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang memandu kereta jenis Perodua Kancil, Saibi Salleh, 75, patah kaki kanan.
Warga emas maut, anak parah kemalangan di Pekan
Seorang warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di si
Penumpang dua bas cemas dalam kemalangan
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu cuma dua orang yang cedera.
Panik, kereta Alza rempuh ruang makan
Pelanggan dan pekerja sebuah kedai makan di Jalan Sultan Ahmad, di sini, pagi tadi gempar apabila sebuah (MPV) jenis Perodua Alza merempuh masuk ke ruangan makan premis berkenaan.
Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung
Tembakan itu mencederakan dua lelaki yang berada berdekatan kawasan itu bagi melihat pekerja tersebut menembak haiwan itu menggunakan senapang jenis semi auto Benelli milik bapanya.