Seorang warga emas maut manakala suaminya parah selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 17 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin berhampiran Kampung Cenderawasih, di sini, pada Rabu.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Hasiah Yaakob, 61, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang memandu kereta jenis Perodua Kancil, Saibi Salleh, 75, patah kaki kanan.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Amran Sidek berkata, kejadian berlaku apabila sebuah treler muatan batu yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pasir Gudang, Johor telah melanggar kereta yang dinaiki mangsa di laluan yang sama.
"Ketika tiba di tempat kejadian, treler berkenaan mahu memotong kereta dinaiki mangsa yang berada di hadapan pada laluan sama, namun secara tiba-tiba kereta tersebut membelok masuk ke simpang sebelah kanan menghala ke Kampung Cenderawasih.
"Jarak yang terlalu dekat menyebabkan treler gagal membrek dan melanggar bahagian kanan kereta sebelum melekat di bahagian depan treler dan terseret sejauh 60 meter ke sebelah kanan jalan," katanya ketika dihubungi pemberita di sini.
Amran berkata, pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan manakala Saibi dibawa ke Hospital Pekan bagi tujuan rawatan lanjut.
"Mayat mangsa dibawa ke hospital sama bagi tujuan bedah siasat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 19 2018
Kejadian berlaku apabila sebuah treler muatan batu yang dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Pasir Gudang, Johor telah melanggar kereta yang dinaiki mangsa di laluan yang sama. - Gambar hiasan
Pendekatan global diperlukan dalam penggubalan dasar - Rafizi
Malaysia akan mengambil pendekatan global dalam penggubalan dasar untuk kekal relevan dalam menghadapi perubahan dinamik global.
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, pendekatan itu bakal diperlihatkan menerusi pelancaran Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Nampak imigresen, PATI lari lintang-pukang
Suasana sunyi kawasan pembinaan di Seksyen U12, Shah Alam yang menjadi tempat tinggal pendatang asing tanpa izin (PATI) dikejutkan dengan serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), pada Khamis.
[TERKINI] Kriteria kelayakan, mekanisme pelaksanaan RON95 akan diumum seawal mungkin
Kriteria kelayakan dan mekanisme pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan diumumkan seawal mungkin kepada rakyat.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, bagaimanapun pengumuman itu hanya akan dibuat selepas perbincangan dengan anggota kabinet diadakan.
Anwar, Prabowo bincang perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala.
Jabatan Kastam catat kutipan hasil tertinggi RM65.57 bilion pada 2024
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil tertinggi sebanyak RM65.67 bilion pada 2024.
AWANI Ringkas: Mayat dalam but kereta, pemandu lori didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan ambil pendekatan global dalam RMK13 - Rafizi
Kerajaan mengambil pendekatan global untuk Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dilancarkan tahun ini, kata Menteri Ekonomi Rafzi Ramli.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 dibuat semula, promosi setiap negeri sebaiknya - Tiong
Video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri sebaiknya.
PM Jepun Ishiba adakan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Khamis.
Suspek kes tetak mentua ditahan di Melaka
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata suspek berusia 36 tahun itu ditangkap di Malim, Melaka.
Tiga beranak maut dalam nahas MPV dilanggar lori ais
Perodua Alza berkenaan dipercayai hilang kawalan dan berpusing lalu masuk ke laluan bertentangan dalam keadaan melintang sebelum dilanggar lori.
Warga emas maut, suami parah kereta dilanggar treler
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Hasiah Yaakob, 61, maut di tempat kejadian manakala suaminya yang memandu kereta jenis Perodua Kancil, Saibi Salleh, 75, patah kaki kanan.
Warga emas maut, anak parah kemalangan di Pekan
Seorang warga emas maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang dinaiki hilang kawalan sebelum bertembung kenderaan lain di Kilometer 51 Jalan Pekan-Nenasi/Rompin berhampiran Kampung Serun di si
Penumpang dua bas cemas dalam kemalangan
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Amran Sidek berkata, dalam kemalangan yang berlaku pada pukul 2.15 petang itu cuma dua orang yang cedera.
Panik, kereta Alza rempuh ruang makan
Pelanggan dan pekerja sebuah kedai makan di Jalan Sultan Ahmad, di sini, pagi tadi gempar apabila sebuah (MPV) jenis Perodua Alza merempuh masuk ke ruangan makan premis berkenaan.
Mahu tembak babi tertembak rakan sekampung
Tembakan itu mencederakan dua lelaki yang berada berdekatan kawasan itu bagi melihat pekerja tersebut menembak haiwan itu menggunakan senapang jenis semi auto Benelli milik bapanya.