CAMERON HIGHLANDS: Warga emas yang dilaporkan hilang dihanyutkan arus dalam kejadian banjir kilat pada Selasa lalu di Kampung Sungai Ubi, di sini ditemui lemas pagi tadi.
Ketua Zon 3 Bomba Pahang, Shahrulnizam Nasir berkata, mayat Mariam Bertapan, 62, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.40 pagi tadi, 500 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Pasukan SAR menemui mangsa tertimbus di dalam lumpur sedalam kira-kira 0.6 meter menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9).
"Kita juga mengambil sedikit masa untuk mengeluarkan mayat ekoran banyak sampah sarap dan kayu yang terdapat di kawasan berkenaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang Selasa, Mariam bersama tiga ahli keluarganya menyeberangi sungai untuk pulang ke rumah dari kebun tempat dia bekerja, sebelum dihanyutkan arus.
Difahamkan kejadian itu berlaku ketika hujan lebat yang berterusan lebih sejam menyebabkan kawasan berkenaan dilanda banjir kilat.
Vivi Sumanti
Sat Apr 02 2022
Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 11.40 pagi tadi, 500 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. - Gambar/ JBPM
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
Hyundai Motor umum pelaburan RM2.14 bil di Malaysia - Laporan
Hyundai Motor Co mengumumkan rancangan untuk melabur hampir AS$479 juta di Malaysia dalam tempoh lima tahun bermula 2025.
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
Rockshed kekal tangani runtuhan cerun di Simpang Pulai - Nanta
Pembinaan rockshed kekal itu masih berada pada tahap perbincangan yang memerlukan penelitian berhubung reka bentuk dan ciri keselamatan.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands telah dibuka
Polis berkata insiden itu menyebabkan laluan tersebut terhalang dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan selama dua jam.
Tanah runtuh: Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup
Insiden cerun runtuh di KM43.4, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands berhampiran sempadan negeri Pahang pada Jumaat menyebabkan laluan itu ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan.
Pendekatan terbaik kerajaan negeri selesai isu peniaga Cameron Highland - Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan negeri sudah mengambil pendekatan terbaik dalam menyelesaikan isu 32 peniaga di Cameron Highlands.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
31 mangsa terjejas banjir kilat, tanah runtuh di Cameron Highlands
Seramai 31 mangsa dipindahkan ke PPS di Pusat Komuniti Sungai Ruil akibat banjir kilat dan tanah runtuh di Cameron Highlands.
Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.
Laluan terjejas tanah runtuh di Cameron Highlands selamat dilalui
Laluan di Kilometer (KM) 67, Jalan Besar Brinchang yang terjejas akibat tanah runtuh pada Sabtu selamat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Siasat menyeluruh insiden tanah runtuh Cameron Highlands - NGO
Reach menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.
Tanah runtuh di Jalan Brinchang, Cameron Highlands
Satu kejadian tanah runtuh di Kilometer 67, Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market di Cameron Highlands hari ini menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang.