MELAKA: Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.
Tertuduh yang berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu datuk tiri didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 9.20 malam sehingga 10.30 malam di sebuah rumah di daerah Jasin, pada 6 Ogos lalu.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa telah melakukan hubungan seks dengan objek terhadap mangsa sama pada masa, tempat dan tarikh yang sama.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun, sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, N. Sivashangari tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan dilakukan tertuduh begitu serius selain kepentingan keselamatan mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.
Beliau turut memohon syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan ke balai polis setiap bulan bermula Ogos selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sepanjang prosiding berlangsung.
Tertuduh diwakili Peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tertuduh hanya berpendapatan sebagai pengawal keselamatan dan menyara isteri yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan bersetuju syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.
Mahkamah turut menetapkan 9 Oktober depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Aug 23 2023

Tertuduh yang berusia 60 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. - Gambar/ Sinar Harian

Touch n Go eWallet perkenal Parkir LPR, bayar parkir automatik melalui pengecaman nombor plat
Ia memudahkan pengguna untuk memasuki kawasan parkir kenderaan dan keluar dengan mudah, tanpa perlu menyentuh kad pada terminal.
[TERKINI] Ismail Sabri sambung beri keterangan kepada SPRM hari ini
Kita ikuti dahulu perkembangan dari Putrajaya bersama rakan setugas, Faida Rahim di mana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini akan menyambung sesi memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang sedang berlangsung.

'Hasrat Tengku Zafrul bersifat peribadi, bukan petanda perpecahan UMNO'
Ahmad Marthada berkata, langkah itu juga tidak menjejaskan kestabilan parti kerana Tengku Zafrul bukan antara pemimpin berpengaruh dalam UMNO.

Seluruh England: Pasangan Korea Selatan sekat kemaraan Sze Fei-Nur Izzuddin ke suku akhir
Pasangan profesional yang juga pilihan kedua itu gagal ke suku akhir selepas tewas kepada Kim Won Ho-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [14 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad dan Afiezy Azaman
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu kerja keras bina masa depan Malaysia
MCMC sedia kerjasama dengan KKM tangani ketagihan media sosial luar biasa
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri hari ini

Zelenskyy kecam kenyataan ‘manipulatif’ Putin mengenai gencatan senjata
Putin sebetulnya sedang "bersedia untuk menolak" tetapi takut untuk menyatakannya kepada Presiden Trump bahawa beliau mahu meneruskan perang, dakwa Zelenskyy.

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.

Warga emas didakwa cabul cucu tiri bawah umur guna objek
Seorang pengawal keselamatan warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini pada Rabu atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu tirinya berusia 12 tahun, awal bulan ini.

Warga emas didakwa lakukan amang seksual terhadap dua cucu
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua cucu perempuannya.

Warga emas terlepas tuduhan cabul cucu
Majistret memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan di luar keraguan munasabah tentang tuduhan yang dikenakan terhadap lelaki berusia 76 tahun itu.