LAHAD DATU: Seorang warga emas nyaris maut selepas diserang buaya dalam kejadian di Kampung Rancangan Silabukan, Peringkat 4, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, lelaki berusia 70 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah di kaki, tangan dan perut selepas berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya itu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, siasatan awal mendapati, mangsa bersama isteri dan lima lagi rakan sekampung pergi ke tepi sungai untuk mencari lokan.
Bagaimanapun katanya, seekor buaya tiba-tiba muncul di tepi sungai berkenaan dan terus membaham kaki mangsa.
“Dengan bantuan rakan dan isterinya, mangsa berjaya diselamatkan selepas mereka bertindak memukul kepala dan mata buaya berkenaan.
“Akibat kejadian itu, warga emas terbabit yang mengalami kecederaan terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.
Rohan berkata, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Sehubungan itu, Rohan menasihati orang ramai dan penduduk setempat supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan berwaspada dengan ancaman buaya ketika berada di sungai.
Astro Awani
Wed Jan 12 2022

Warga emas terbabit dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan. - Gambar/ Ihsan PDRM

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Warga emas cari lokan parah diserang buaya
Lelaki berusia 70 tahun berkenaan mengalami kecederaan parah di kaki, tangan dan perut selepas berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya itu.