Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Lorong Sayang Rimba Terjun dekat Pontian, malam tadi.

Mangsa, Rohani Abd Rahman, 61, merupakan seorang pesakit ganguan bipolar dan mengalami kemurungan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian, Penolong Kuasa Bomba Iqbal Raduan berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam ketika mangsa keseorangan di rumah dan anaknya keluar untuk urusan harian.

"Kami menemui mayatnya di bilik tidurnya sendiri...kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat. -- BERNAMA