NEW DELHI: Semua penumpang dan anak kapal selamat dipindahkan selepas sebuah pesawat Saudia terbakar ketika mendarat di lapangan terbang Peshawar, Pakistan pada Khamis.

Pengawal trafik udara melihat asap dan kebakaran di gear pendaratan kiri dan memberi amaran kepada juruterbang penerbangan dari Riyadh, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCCA).

"Pesawat itu telah mendarat dengan selamat dan sedang menuju ke landasan ketika kecemasan itu berlaku. Komunikasi segera pengawal kepada juruterbang, yang tidak menyedari keadaan itu, memastikan tindak balas yang tepat pada masanya daripada Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (RFFS)," kata PCCA.


Kakitangan perkhidmatan bomba "tiba di tempat kejadian dalam masa beberapa minit dan dengan cekap memadamkan kebakaran, mengelakkan kerosakan lebih lanjut pada pesawat dan memastikan keselamatan semua 276 penumpang dan 21 anak kapal," tambahnya.

Penumpang turun menggunakan gelongsor kecemasan pesawat.

-- BERNAMA