SYDNEY: Seorang bayi perempuan berusia sepuluh bulan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia dua dan empat tahun maut dalam kebakaran di sebuah rumah di barat Sydney pada Ahad, lapor Xinhua.

Polis Negeri New South Wales (NSW) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 1 pagi waktu tempatan di Freeman Street, Lalor Park.

Menurut polis, identiti ketiga-tiga kanak-kanak itu masih belum dikenal pasti.

Seorang wanita berusia 29 tahun telah dibawa ke hospital akibat terhidu asap, manakala seorang lelaki berusia 28 tahun ditahan di tempat kejadian.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA