Pertuduhan terhadap wanita warga Vietnam, Doan Thi Huong yang sebelum ini didakwa membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dipinda kepada tuduhan yang lebih ringan iaitu mencederakan lelaki itu.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Iskandar Ahmad memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Ariffin hari ini bahawa pendakwaan telah meminda pertuduhan bunuh terhadap wanita itu menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kepada pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera.
Seksyen 324 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut manakala Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Doan, 30, mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif itu dan mahkamah menangguhkan prosiding sebelum menjatuhkan hukuman terhadap wanita tersebut yang diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.
Dia didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Kim Chol dengan menggunakan bahan yang berbahaya kepada tubuh badan apabila dimasukkan ke dalam saluran darah iaitu racun VX.
Wanita itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 9 pagi, 13 Feb 2017
Hari ini sepatutnya Doan membela diri atas pertuduhan membunuh itu
Ketika prosiding, Doan yang memakai skaf, kelihatan tenang dalam kandang tertuduh sambil memandang kepada beberapa lelaki termasuk bapanya dan pegawai daripada kedutaan Vietnam yang hadir pada prosiding itu.
Pada 11 Mac lepas, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Siti Aisyah, 26, warga Indonesia daripada pertuduhan membunuh Kim Chol.
Pada Mac lepas, Doan melalui peguamnya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji pertuduhan bunuh itu tetapi ia ditolak.
Pada 16 Ogos 2018, mahkamah memerintahkan Siti Aisyah dan Doan membela diri atas pertuduhan membunuh Kim Chol.
Sebelum ini mereka didakwa bersama empat lagi yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2 pada 9 pagi, 13 Feb 2017 menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2019
![Wanita Vietnam mengaku bersalah cederakan Jong-nam Wanita Vietnam mengaku bersalah cederakan Jong-nam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552564400_DoanThiHuong.jpg)
Pada Mac lepas, Doan tengah) melalui peguamnya mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji pertuduhan bunuh itu tetapi ia ditolak. - Gambar fail
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739722620_AaronAgoDagang.jpg)
Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
![Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739721142_JoaoLourenco.jpg)
Presiden Angola ambil alih jawatan Pengerusi AU
Presiden Angola Joao Lourenco pada Sabtu mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Afrika (AU).
![Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739711296_TBZAMBRY.jpg)
Pemukiman KPT erat hubungan, tingkat kerjasama antara universiti awam dan politeknik
Program permukiman KPT selama dua hari mengeratkan hubungan, meningkatkan kerjasama antara universiti awam serta politeknik di negara ini.
![Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Polis tahan pekerja ladang bantu siasatan penemuan mayat lelaki
Polis menahan seorang pekerja ladang bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai dibunuh di sebuah kedai di Bukit Sekilau, semalam.
![Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736437519_MohdNazriAbdulRaz.jpg)
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
![Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736398555_TBPEMBUNUHLORI.jpg)
Pemandu lori didakwa bunuh lelaki, mayat ditemukan dalam but kereta
Hasbullah didakwa membunuh Shakirin di tepi jalan KM48, Jalan Jemaluang Kahang, antara 6.10 pagi 26 Dis 2024 dan 1.50 tengah hari 28 Dis 2024.
![Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71735863272_bunuhanak.jpg)
Dera anak 7 tahun hingga mati hanya kerana minta wang saku
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada bahagian ginjal kanan akibat dipukul dengan benda tumpul.
![Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726380928_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis terima laporan kejadian kucing dibunuh dengan kejam
Polis telah menerima laporan mengenai penemuan tiga ekor kucing yang mati dengan keadaan kepalanya berlumuran darah.
![Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732841789_tbPilkada.jpg)
Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.
![Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731365102_SanjayRoy.jpg)
Bunuh, rogol doktor: Sukarelawan polis dituduh di mahkamah India
Tuduhan dibuat minggu lalu, manakala Roy berkata, dia "tidak bersalah sama sekali" dan telah dikambing hitamkan.
![Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728450077_HandcuffGari.jpg)
Lima warga Myanmar ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita senegara
Kesemua suspek ditahan secara berasingan di antara 1 tengah hari dan 6.30 petang di kawasan Bandar Teknologi dan Semenyih.
![Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81727758824_tbtikamgeneric.jpg)
Baru 17 jam bebas, bekas banduan tikam lelaki gara-gara berang dimaki
Berang dimaki, Ade Dwy bertindak menikam dada mangsa dengan pemutar skru yang dipegangnya.
![Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Polis tahan empat lelaki disyaki membunuh
Semua suspek ditahan secara berasingan selepas polis terima laporan pada 4.21 pagi Isnin daripada seorang wanita yang merupakan kakak ipar mangsa.