PUTRAJAYA: Seorang bekas guru sekolah antarabangsa terlepas tali gantung kerana mengedar metamfetamin seberat 959.5 gram apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan pertuduhan kepada memiliki dadah.
Panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf semalam membenarkan rayuan Suhailah Abdullah untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana mengedar dadah.
Mahkamah sebaliknya menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dari tarikh dia ditangkap pada 27 Mei 2013, setelah menggantikan pertuduhan kepada memiliki.
Peguam Datuk Seri K. Rakhbir Singh yang mewakili wanita itu berkata Suhailah, 48, dijangka dibebaskan dari Penjara Kajang memandangkan telah menjalani hukuman penjara berkenaan.
"Dia menangis setelah Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya," kata peguam itu dan menambah bahawa anak guamnya juga mengucapkan terima kasih kepada hakim Mahkamah Persekutuan yang telah memberikannya peluang baharu.
Rakhbir Singh berkata mahkamah mendapati sabitan Suhailah kerana mengedar dadah adalah tidak selamat.
Prosiding di hadapan Hakim Rohana dan Hakinm Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dijalankan secara maya.
Suhailah didakwa di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2013 atas pertuduhan mengedar dadah di balai ketibaan Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada 11.15 pagi, 27 Mei 2013.
Dia tiba di lapangan terbang dari New Delhi setelah transit di Singapura.
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan mengedar tetapi mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bagi memiliki dadah dan memerintahkan Suhailah membela diri atas pertuduhan memiliki.
Suhailah, bagaimanapun memilih untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu dan kemudiannya dihukum penjara 14 tahun.
Pihak pendakwaan kemudiannya mengemukakan rayuan dan Mahkamah Rayuan pada 18 Julai 2016 memerintahkan Suhailah membela diri atas pertuduhan mengedar dadah.
Pada 23 Jun 2017, Mahkamah Tinggi mendapati dia bersalah atau pertuduhan mengedar dadah dan menjatuhi hukuman mati.
Suhailah gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 6 Ogos 2018.
Dalam prosiding rayuan, Rakhbir Singh berhujah bahawa Suhailah ditipu dua warga Nigeria dari New Delhi, India, yang memintanya membawa beg berisi pakaian baharu untuk diserahkan kepada rakan mereka juga warga Nigeria di Malaysia.
Setelah memeriksa beg tersebut, Suhailah bersetuju untuk menolong mereka membawa beg itu dan tanpa disedari, dia membawa dadah yang diletakkan secara tersembunyi di dalam beg itu.
Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir dan Nahra Dollah mewakili pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 02 2021
Suhailah dijangka dibebaskan dari Penjara Kajang memandangkan telah menjalani hukuman penjara berkenaan. - Gambar fail
Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.
Saya satu-satunya yang anda ada, yang lain setakat bercakap - TMJ
Tunku Mahkota Ismail menjawab mengenai dirinya yang dikaitkan dengan sebuah 'page' bola sepak yang mendakwa seorang pemain berpangkalan di Eropah mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.
Laporan DNA Cikgu Istiqomah siap, diserah kepada pendakwaan
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
'Saya kehilangan adik lelaki saya hari ini' - Fauziah Ahmad Daud
Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita sedih mengenai pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud akibat masalah batu karang dalam hempedu.
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di Amerika Syarikat
Pekerja Starbucks di Amerika Syarikat meluaskan mogok mereka ke Boston, Dallas dan Portland di tengah-tengah pertikaian buruh yang memuncak.
Aplikasi Files by Google terima integrasi Gemini untuk rumus fail PDF
Ciri ini memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan dokumen PDF tanpa perlu memuat naik fail ke dalam aplikasi Gemini.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 33 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan GS Angela Dewi dan GS Vijaya terhadap hukuman.
Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah
Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.
Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun
Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.
Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis
Seorang penghantar makanan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar 764.9 gram dadah jenis kanabis dipinda kepada memiliki dadah.
Warga emas jerut, bunuh jiran dipenjara 38 tahun
Seorang lelaki warga emas terlepas tali gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun setelah didapati bersalah membunuh jirannya.