PUTRAJAYA: Seorang bekas pemandu bas terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor, tujuh tahun lepas.
Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, yang bersidang bersama-sama Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais, membuat keputusan itu selepas menggunakan kuasa budi bicara mereka bagi menggantikan hukuman mati M.Siva Sangker, 39, dengan hukuman penjara.
Panel tiga hakim itu memutuskan demikian susulan pemansuhan hukuman mati mandatori yang berkuat kuasa 4 Julai lepas yang membenarkan mereka memilih menjatuhi hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun untuk menggantikan hukuman mati mandatori.
Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.
Ketika membacakan keputusan sebulat suara itu, Mohamad Zabidin berkata mahkamah mengesahkan sabitan terhadap Siva Sangker selepas mendapati ia selamat untuk dikekalkan.
Siva Sangker merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 4 Feb 2021 yang menjatuhi hukuman mati selepas dia didapati bersalah membunuh V. Durga Devi, 23, di Jalan Kancil 1, Taman Scientex, Pasir Gudang pada 12.15 tengah hari, 21 Nov 2016 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Bagaimanapun, pada 6 Dis 2022, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman itu.
Terdahulu, Datuk Rajpal Singh yang mewakili Siva Sangker berhujah kegagalan peguam terdahulu di peringkat pembelaan memfailkan notis alibi untuk menafikan kehadiran tertuduh di tempat kejadian menunjukkan anak guamnya tidak mendapat perbicaraan yang adil.
"Semasa kejadian, anak guam saya tidak berada di situ dan dia berada di Masai (Johor)," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling pula berkata walaupun Siva Sangker mendakwa berada di Masai pada hari kejadian, tiada kepastian bahawa tertuduh berhasrat memfailkan notis alibi untuk menyokong pembelaannya.
Beliau berkata enam saksi telah menyatakan bahawa perayu telah menyerang mangsa sehingga menyebabkan wanita itu mengalami 49 kecederaan akibat ditetak.
"Tetakan itu terkena tengkuk dan kepala mangsa yang boleh membawa kematian. Selepas mangsa ditetak, perayu terus mengejar dan menyerang mangsa walaupun mangsa terjatuh," katanya.
Rajpal turut memohon mahkamah mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan hukuman alternatif iaitu penjara bagi tempoh antara 30 hingga 40 tahun supaya Siva sangker mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.
"Anak guam saya menyesal dengan kejadian yang berlaku dan telah memohon maaf kepada keluarga mangsa. Memang betul kehilangan nyawa telah berlaku dan dia melakukan kesalahan serius tapi dia bukan pembunuh bersiri yang membahayakan masyarakat," katanya.
Bagaimanapun, How memohon sabitan dan hukuman terhadap Siva Sangker dikekalkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Remaja 14 tahun mengaku tidak bersalah bunuh teman wanita di Tawau
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suryana, manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min.

Bunuh teman wanita: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara, sebat warga Bangladesh
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang lelaki warga Bangladesh untuk mengurangkan hukuman penjara 35 tahun yang dijatuhkan bagi kesalahan membunuh teman wanitanya.

Kes bunuh wanita: Tarikh baharu sebutan ditetapkan 19 April
Mahkamah menetapkan 19 April ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang pemandu lori yang didakwa membunuh teman wanitanya.

Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.

Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.

Dua suspek kes berasingan bunuh teman wanita, ibu direman tujuh hari
Tempoh reman itu diperoleh pihaknya daripada Mahkamah Majistret pagi tadi.

Bunuh teman wanita: Mahkamah tetap 21 Mac serah rekod telekomunikasi
21 Mac ini ditetap bagi sebutan serahan rekod telekomunikasi telefon bimbit berkaitan kes lelaki didakwa membunuh kekasihnya yang hamil.

Bunuh teman wanita, bekas pemandu lori dipenjara 35 tahun dan 12 sebatan
Seorang bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Persekutuan di sini hari ini kerana membunuh teman wanitanya di sebuah rumah di Kampung Batu Besi, Simpang Pul

Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun
Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.

Pembantu kedai didakwa bunuh teman wanita
Lelaki itu didakwa dengan sengaja telah melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian Shahwani Abdullah.