PUTRAJAYA: Seorang bekas guru agama di sebuah sekolah di Selangor terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya, sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Abdul Ra'of Mohd Dimyati, 35, selepas membenarkan rayuan akhirnya terhadap hukuman.
"Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap (6 Mei 2015) dengan 12 sebatan," kata Hakim Zabariah yang bersidang bersama-sama Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.
Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati terhadap Abdul Ra'of selepas didapati bersalah membunuh Nor Salina Nazir, 34, seorang peniaga dalam talian di kawasan lapang di tepi Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu pada 8.30 malam, 5 Mei 2015, mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Abdul Ra'of kemudian merayu terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan pada 10 Ogos 2020 mengekalkan sabitan serta hukuman terhadap perayu.
Terdahulu, peguam Muhammad Izzat Irfan yang mewakili Abdul Ra'of memberitahu mahkamah pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara bagi pengecualian hukuman mati sejajar dengan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) selain memaklumkan tiada bantahan daripada pihak pendakwaan.
"Pindaan itu memperuntukkan hukuman pemenjaraan tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan 12 sebatan. Oleh itu, saya mohon hukuman penjara tidak melebihi 35 tahun dikenakan terhadap perayu," katanya.
Menurut peguam itu, anak guamnya juga tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain insaf dan menyesal atas perbuatan yang dilakukan.
"Anak guam saya tidak mempunyai motif membunuh serta tiada perancangan awal untuk melakukannya. Dia menyesal atas kekhilafan dilakukan selain memohon maaf kepada keluarga si mati (mangsa).
"Perayu telah berada dalam penjara hampir sembilan tahun sejak tarikh tangkapan pada 6 Mei 2015. Mohon hukuman sewajarnya agar anak guam dapat pulang ke pangkuan keluarga," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Fuad Aziz, yang mengesahkan pihaknya tidak membantah representasi itu memohon agar perayu dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada 35 tahun dan sebatan minimum 12 kali.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Abdul Ra'of Mohd Dimyati. - Gambar fail/Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Bunuh teman wanita: Bekas guru agama terlepas hukuman gantung, dipenjara 33 tahun 12 sebatan
Seorang bekas guru agama terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan kerana membunuh teman wanitanya.