Ringkasan AI
- Seorang remaja lelaki Indonesia berusia 14 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh seorang gadis sebaya di ladang kelapa sawit di Kalabakan pada tahun 2023.
- Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan.
- Perbicaraan ditetapkan pada 10 hingga 14 Februari tahun depan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suryana, sementara remaja tersebut diwakili oleh peguam Liew Hon Min.
Remaja berumur 14 tahun itu mengangguk faham dan membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol yang kemudiannya menetapkan 10 hingga 14 Feb tahun depan untuk perbicaraan.
Berdasarkan pertuduhan, remaja lelaki itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun didakwa membunuh Nur Zahirah Safaruddin, 13, di ladang kelapa sawit Murni Sdn Bhd, Jalan Kalabakan antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang pada 4 Jan 2023.
Remaja lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta hukuman sebat tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suryana, manakala tertuduh diwakili peguam Liew Hon Min.
-- BERNAMA