PUTRAJAYA: Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail di sini hari ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara terhadap Somchit Charen, 37, kerana membunuh Suriati Mat Saad, 29, yang juga rakan sekerjanya.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Semarak, Sungai Petani, Kedah antara tengah hari dan jam 5.30 petang pada 19 Sept 2011.
Menurut peguam bela Somchit, K. Simon Murali, pihak pendakwaan telah bersetuju untuk pertuduhan membunuh terhadap anak guamnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.
Katanya, anak guamnnya bersetuju dengan pindaan itu dan mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan itu.
Katanya, panel hakim, termasuk Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy kemudian membatalkan sabitan kesalahan membunuh dan hukuman gantung dan mensabitkan wanita itu atas tuduhan pindaan.
Murali berkata Somchit, warga Malaysia berasal dari Thailand, diperintahkan menjalani hukuman penjara itu mulai 23 Okt 2018.
Somchit didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 14 Julai 2021 atas kesalahan membunuh.
Dalam memohon hukuman penjara yang ringan, Murali memberitahu mahkamah bahawa kematian Suriati berpunca daripada pergaduhan secara mengejut antara mereka.
Beliau berkata mangsa dan anak guamnya menjalinkan hubungan cinta tetapi hubungan itu menjadi keruh apabila Suriati memutuskan untuk berkahwin.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa Somchit trauma dengan kejadian itu dan sehingga hari ini masih bersedih dengan pemergian rakannya.
Beliau berkata dalam pergaduhan itu, kedua-dua Somchit dan Suriati mengalami kecederaan parah.
Murali memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya telah ditangkap dan ditahan reman di hospital selama 14 hari dan dibebaskan tanpa syarat, sambil menambah tujuh tahun kemudian pada 2018 dia dikehendaki oleh polis.
Somchit menyerah diri dan kemudian didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh pada 23 Okt 2018.
Dalam penghakimannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha mengenal pasti kedua-duanya sebagai "pasangan cinta sejenis''.
Hakim juga berkata keterangan daripada saksi pendakwaan menunjukkan bahawa pergaduhan antara Somchit dan si mati berkemungkinan disebabkan rasa cemburu apabila Somchit mendapat tahu Suriati bakal bertunang untuk berkahwin dengan seorang lelaki.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, P. Sarulatha.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh. - Gambar hiasan
Subsidi RON95: Kerajaan masih pertimbang kriteria golongan T15
Kerajaan masih mempertimbangkan kriteria golongan T15 untuk menentukan kelayakan kumpulan tersebut mendapat subsidi petrol RON95 atau sebaliknya.
Ribut Kristine: Terima kasih Malaysia - Presiden Filipina
Presiden Filipinan dalam panggilan telefonnya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan atas bantuan yang diberikan untuk membantu mangsa ribut Kristine yang melanda negara tersebut.
Malaysia sasar tingkat kerjasama serantau
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan menerima prinsip masa depan bersama yang dipromosikan oleh China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN.
Malaysia komited majukan hubungan ekonomi
Perdana Menteri menegaskan, prinsip "Masa Depan Bersama" yang dipromosikan oleh China dan diterima baik oleh banyak negara termasuk Asia dan Selatan Global, antara sebab utama Malaysia bersetuju untuk menyertai BRICS.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Taufan Kristine: Presiden Marcos hargai sokongan Malaysia
Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr., menyampaikan penghargaan kepada Malaysia atas bantuan penting yang diberikan semasa operasi bantuan selepas Taufan Kristine yang dahsyat.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
AWANI Ringkas: Kerja empat hari seminggu, tanpa potong gaji
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Polis rampas dadah RM2.3 juta, tahan dua wanita warga Indonesia, tiga lelaki tempatan
Polis menahan tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia selepas menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM2.3 juta dalam serbuan Jumaat lepas.
Wanita rugi lebih RM100,000 terperdaya skim 'labur RM1,500 untung RM75,000'
Siasatan awal mendapati mangsa melayari laman sesawang melalui klik pautan di Telegram apabila melihat satu iklan mengenai pelaburan semasa berada di rumahnya pada 16 Julai lalu.
Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah
Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.
Rompak: Mahkamah Rayuan kekal hukuman penjara dan sebatan bekas pekerja kilang
Panel tiga hakim sebulat suara menolak rayuan akhir Ahmad Sadeli Mohd Ali, 32, selaku perayu, bagi mengurangkan hukuman terhadapnya.