PUTRAJAYA: Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
P. Shamugasundram, 39, S. Vickneswaran, 41, K. Vignesvaran, 35 dan S. Sathan, 40, kemudian diperintah menjalani hukuman penjara 20 tahun dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 1 Feb 2016 dengan masing-masing dikenakan 10 kali sebatan.
Terdahulu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Shamugasundram, Vickneswaran dan Sathan, memaklumkan panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi mereka untuk meminda pertuduhan yang dihadapi keempat-empat tertuduh daripada mengedar kepada memiliki.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik mewakili Vignesvaran.
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, yang mengesahkan perkara itu, berkata persetujuan AGC adalah dengan syarat kesemua perayu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang mengetuai panel itu kemudian mengetepikan hukuman mati terhadap kesemua tertuduh dan mensabitkan keempat-empat lelaki dengan pertuduhan pindaan memiliki dadah selepas mereka mengaku bersalah.
Beliau berkata tempoh pemenjaraan selama 20 tahun adalah bersesuaian untuk setiap tertuduh.
Turut bersidang Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais.
Mengikut pertuduhan, mereka didapati memiliki dadah itu di Jalan SM 2, Sunway Batu Caves di Gombak, Selangor pada 4 petang 1 Feb 2016.
Mahkamah Tinggi pada 2019 telah menjatuhi hukuman mati ke atas Shanmugasundram yang juga seorang pemandu teksi, Vickneswaran (pekerja rencam), Vignesvaran (kerani penghantaran) dan Sathan (pengawal keselamatan).
Selepas permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati ditolak oleh Mahkamah Rayuan, mereka membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Terdahulu, menerusi peguam masing-masing, keempat-empat lelaki meminta hukuman penjara minimum selain menzahirkan kekesalan dan meminta agar diberikan satu lagi peluang manakala pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi mengelakkan orang lain melakukan kesalahan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024
![Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, yang mengesahkan perkara itu, berkata persetujuan AGC adalah dengan syarat kesemua perayu mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan. - Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 33 tahun Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 33 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722930281_courtgavelmahkam.jpg)
Bunuh suami buta: Dua beradik terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 33 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan selepas membenarkan rayuan GS Angela Dewi dan GS Vijaya terhadap hukuman.
![Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720604158_courtgavelmahkam.jpg)
Miliki dadah: Empat lelaki terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 20 tahun
Empat lelaki terlepas tali gantung selepas pertuduhan mengedar 2.264 kilogram metamfetamina yang dihadapi mereka dikurangkan kepada memiliki dadah berkenaan.
![Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715243403_courtgavelmahkam.jpg)
Edar ganja: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang ahli perniagaan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 30 tahun kerana mengedar 9.528 kilogram (kg) ganja.
![Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
![Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Bekas pekerja kilang dipenjara 10 tahun atas kematian rakan serumah
Seorang bekas pekerja kilang terlepas tali gantung selepas pertuduhan membunuh rakan serumahnya dipinda kepada homisid salah tak terjumlah membunuh.
![Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Hukuman mati bekas pengawal keselamatan bunuh kekasih diganti penjara 33 tahun, 12 sebatan
Seorang bekas pengawal keselamatan terlepas daripada tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
![Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690187975_CourtGavel.jpg)
Bekas pemandu lori bunuh bapa terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 35 tahun
Panel tiga hakim membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan tertuduh terhadap hukuman mati yang dijatuhi ke atasnya.
![Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Bunuh teman wanita: Bekas pemandu bas terlepas tali gantung, dipenjara 40 tahun
Bapa lima anak itu turut diperintah menjalani hukuman penjara mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 24 Nov 2016.
![Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689054856_courtgavelmahkam.jpg)
Penghantar makanan terlepas hukuman gantung, dipenjara 10 tahun miliki kanabis
Seorang penghantar makanan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas pertuduhan mengedar 764.9 gram dadah jenis kanabis dipinda kepada memiliki dadah.
![Warga emas jerut, bunuh jiran dipenjara 38 tahun Warga emas jerut, bunuh jiran dipenjara 38 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690355279_bunuhjiran.jpg)
Warga emas jerut, bunuh jiran dipenjara 38 tahun
Seorang lelaki warga emas terlepas tali gantung selepas dijatuhi hukuman penjara 38 tahun setelah didapati bersalah membunuh jirannya.