Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menangguhkan kes seorang wanita yang sebelum ini mengaku bersalah memotong kemaluan suaminya selepas menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Fatimah Abdullah, 51, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.
Pada 28 Januari lalu, tertuduh yang tidak diwakili peguam ketika itu membuat pengakuan bersalah dan hakim menetapkan pada Isnin sebagai tarikh keputusan sementara menunggu laporan perubatan lengkap mangsa.
Tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap warga Pakistan, Umar Rahman, 44, dengan menggunakan pisau dan mampu menyebabkan kematian pada 20 Januari lalu di Batu Kikir di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Kesesakan yang boleh dihukum penjara 20 tahun, denda dan sebatan jika disabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Nik Azhan Nik Mahmood dan Nabilah Mohammad Zanudin.
manakala tertuduh diwakili peguam j gunamalar, parmjit singh dan shamser singh.
Hakim kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 11 April depan.
Raffi Bachik
Mon Feb 22 2016

Fatimah Abdullah, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil. - Foto Fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan
Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah menyimpan 988 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis yang tidak dilesenkan.

Lelaki belasah anak dipenjara lima tahun
Seorang lelaki yang videonya tular membelasah anak perempuannya sehingga mangsa menerima 12 jahitan, dijatuhi hukuman lima tahun penjara.

Lelaki bergelar Datuk nafi tipu tawaran projek kerajaan bernilai RM8 juta
Seorang lelaki berhadapan tuduhan memperdayakan seorang lelaki berhubung tawaran tender projek kerajaan bernilai RM8 juta, Oktober tahun lalu.

Wanita potong kemaluan suami tukar pengakuan
Fatimah Abdullah, membuat pengakuan baharu itu di hadapan hakim Sazlina Safie selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi dalam bahasa Tamil.