KUALA PILAH: Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyimpan 988 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis yang tidak dilesenkan.
Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hakim Ariffin, 30, dan mengarahkan tertuduh dikenakan enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Hakim selaku pengarah syarikat Premix Global Resources didapati menyimpan barang kawalan yang merupakan barang berjadual iaitu LPG jenama Gasul berkapasiti 12 kg sebanyak 17 tong dan Petron Gasul berkapasiti 14 kg berjumlah 56 tong, yang disimpan dalam premis selain yang dinyatakan dalam lesen.
Perbuatan itu dilakukan pada 11.15 pagi di sebuah premis di Bukit Temensu, Jalan Tampin di sini, pada 6 Julai 2023 dan kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda maksimum RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, LPG yang disita dijual dan hasil jualan dijadikan Hasil Sementara Kerajaan menerusi sebut harga bernilai RM4,396.46.
Semakan dengan pihak Majlis Daerah Kuala Pilah mengesahkan bahawa tempat kejadian yang disita mempunyai lesen perniagaan bagi pusat jualan makanan ternakan serta pembekal bahan pertanian dan bukannya aktiviti menjual LPG.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan Khairul Azman Rosli manakala tertuduh diwakili peguam G Dineshan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
![Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712310692_courtgavelmahkam.jpg)
Muhammad Hakim mengaku bersalah menyimpan 988 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis yang tidak dilesenkan. - Gambar hiasan
![Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735575911_beras.jpg)
Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.
![Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16 Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739464331_tbBersatu.jpg)
Bersatu Wilayah Persekutuan bentuk badan pimpinan baharu sebagai persiapan PRU16
Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Wilayah Persekutuan, Datuk Radzi Jidin telah memuktamadkan jawatankuasa BPN bagi penggal 2024-2027.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738824041_FadhlinaSidek.jpg)
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa inggeris guru, murid
Penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru.
![Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739458140_IsmailSabriMuhyid.jpg)
Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000 Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714990916_MuhammadBukhoriMd.jpg)
Gagal kemuka borang penyata pendapatan syarikat, pengarah didenda RM12,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM12,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan gagal mengemukakan borang penyata pendapatan syarikat.
![Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000 Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Pengarah syarikat gagal patuhi syarat lesen cetak al-Quran didenda RM8,000
Sebelum menjatuhkan hukuman, Majistret Farah Azura menasihatkan tertuduh supaya lebih peka dengan sensitiviti berhubung pencetakan al-Quran.
![Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712310692_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat didenda RM15,000 simpan LPG bersubsidi di premis tidak dilesenkan
Seorang pengarah syarikat didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah menyimpan 988 kilogram (kg) gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi di premis yang tidak dilesenkan.
![Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000 Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703056963_TBMAHKAMAHTERENGG.jpg)
Gagal kemuka borang cukai pendapatan, pengarah syarikat didenda RM9,000
Seorang pengarah syarikat didenda RM9,000 dan dikenakan penalti khas berjumlah RM536,549.13 atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bercukai.
![Gagal isytihar cukai, pengarah syarikat didenda, kena penalti khas RM899,657.64 Gagal isytihar cukai, pengarah syarikat didenda, kena penalti khas RM899,657.64](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Gagal isytihar cukai, pengarah syarikat didenda, kena penalti khas RM899,657.64
Majistret turut menetapkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda dan tertuduh membayar denda.
![Pengarah syarikat didenda, dikenakan penalti lebih RM2.4 juta gagal kemuka penyata pendapatan Pengarah syarikat didenda, dikenakan penalti lebih RM2.4 juta gagal kemuka penyata pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61688553032_JOHORBAHRU.jpg)
Pengarah syarikat didenda, dikenakan penalti lebih RM2.4 juta gagal kemuka penyata pendapatan
Tertuduh gagal mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2021 sehingga 2022, membabitkan cukai pendapatan bernilai lebih RM3.3 juta.
![Pengarah syarikat didenda RM8,000 jual kelengkapan komunikasi tak diperakui Pengarah syarikat didenda RM8,000 jual kelengkapan komunikasi tak diperakui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662109303_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat didenda RM8,000 jual kelengkapan komunikasi tak diperakui
Seorang pengarah syarikat menjual barangan elektrik dan elektronik didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan menjual kelengkapan komunikasi tidak diperakui.
![Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664204229_TBCourtHammer.jpg)
Pengarah, pengurus dan syarikat didenda RM791,775 perdagang barangan tiruan
Mereka didakwa membekalkan barangan dengan perihal dagangan palsu, berupa 17,595 pasang selipar serta kasut jenama terkenal.