JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat kitar semula didenda RM18,000 selain dikenakan penalti RM2,437,433 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2021 sehingga 2022, membabitkan cukai pendapatan bernilai lebih RM3.3 juta.
Majistret Nurzihan Abdul Rehman menjatuhkan hukuman itu terhadap Wong Siew Lian, 49, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintahkan wanita itu dipenjara 12 bulan, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Wong dikehendaki di bawah Seksyen 77A (1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan suatu penyata pendapatan dalam borang C bagi tahun taksiran 2021 hingga 2022 mengenai pendapatan berkenaan kepada Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Wong didapati gagal mengemukakan penyata tersebut yang mempunyai pendapatan bercukai sebanyak RM1,827,149 juta bagi cukai taksiran 2021 dan RM1,558,176 juta bagi 2022, iaitu dia sepatutnya membayar cukai sebanyak RM 438,515.76 bagi 2021 dan RM373,962.24 (2022).
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 112(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda amaun cukai yang sepatutnya dikenakan, jika didapati bersalah.
Terdahulu, ibu kepada lima anak itu yang tidak diwakili peguam, merayu denda yang minimum kerana masih menanggung anak yang masih bersekolah, ibu dan ibu mentua yang uzur selain telah membayar cukai pendapatan sebanyak RM60,000 (2021) dan RM60,000 (2022).
Bagaimanapun, pendakwaan yang diwakili Peguam Kanan Hasil LHDN Norhidayah Yasin memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas Wong kerana jumlah cukai yang dibayar Wong iaitu sebanyak RM60,000 (2021) serta RM60,000 (2022) adalah kecil berbanding nilai sepatutnya dibayar sebanyak RM812,478.
Nurzihan kemudiannya memerintahkan Wong membayar denda sebanyak RM18,000 selain membayar penalti RM2,437,433 kepada LHDN secara ansuran bermula tarikh perintah hari ini (5 Julai 2023).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023
Seorang pengarah syarikat kitar semula didenda RM18,000 selain dikenakan penalti RM2,437,433 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kegagalan mengemukakan penyata pendapatan bagi tahun taksiran 2021 sehingga 2022. - Foto BERNAMA
16 Lelaki 'Geng Pacific Siva' didakwa jenayah terancang
16 lelaki di dakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang, Geng Pacific Siva sejak lapan tahun lalu.
Kakitangan Parlimen Malaysia bantu mangsa banjir di Jeniang, Kedah
Mereka akan menyampaikan barangan keperluan harian serta membantu membersihkan kediaman mangsa yang terjejas akibat banjir.
Universiti Malaya ambil tindakan tahan kerja pensyarah
Pihak Universiti Malaya mengambil tindakan menahan kerja seorang pensyarah yang dikaikan menghantar mesej jelik seksual.
[TERKINI] Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025
JSPT Bukit Aman menjalankan Op Lancar mulai hari ini hingga 2 Januari 2025 sempena musim perayaan dan cuti sekolah.
Hanya 12 trak bantuan makanan, air diedar ke utara Gaza dalam tempoh 2 setengah bulan
Bantuan kemanusiaan sering dihalang, dengan beberapa trak yang berjaya menghantar bantuan kemudian diserang.
KPDN Pulau Pinang terima 115 aduan berhubung minyak masak paket sejak Januari
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menerima 115 aduan berkaitan minyak masak bersubsidi dalam tempoh Januari sehingga 22 Dis lepas.
AWANI Borneo [23/12/2024] - Mangsa angin kencang | Musim perayaan | Hujung minggu ini
AWANI Borneo Isnin, 23 Disember 2024 bersama Dzulfitri Yusop.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Penduduk penempatan atas air perlukan penempatan lebih sistematik dan kukuh.
Utamakan keselamatan, rai Krismas dengan keceriaan.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong.
Rock In The Jungle bakal gegarkan Gunung Santubong
Berlangsung hujung minggu ini, acara Rock In The Jungle bakal menghimpunkan kumpulan-kumpulan rock terkemuka bukan sahaja dari Malaysia, juga negara jiran Singapura dan Indonesia.
TH larang syarikat haji, umrah promosi visa mujamalah, furada
Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesen di bawah Lembaga Tabung Haji tidak dibenarkan mempromosikan pakej visa mujamalah atau furada.
Kerani bank rugi lebih RM100,000 terperdaya 'phone scam'
Seorang kerani bank kerugian RM115,950 selepas terperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai polis dan pendakwa raya.
Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
LHDN terima 175 juta e-Invois sejak Ogos lepas
Sambutan tersebut merupakan perkembangan positif yang diterima daripada pembayar cukai bagi fasa pertama pelaksanaan sistem itu.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
Banjir: Tiga pejabat LHDN di Kedah ditutup sementara
Tiga pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Kedah ditutup sementara mulai hari ini, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di kawasan terlibat.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang tidak diaudit 17 tahun
Pengauditan terhadap Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang akan dilaksanakan segera berikutan laporan kewangan lembaga itu didapati tidak pernah diaudit sepanjang tempoh 17 tahun.
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Nai'mah peroleh penangguhan sementara bayar tunggakan cukai RM313.82 juta
Panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara, berpandangan bahawa permohonan Nai'mah mempunyai merit.
Pelaksanaan sijil pematuhan cukai secara rintis diperluas hingga 31 Mac 2025
TCC akan menjadi dokumen yang diwajibkan pada peringkat tawaran perolehan serta memenuhi obligasi dan patuh kepada undang-undang percukaian negara.
Na'imah gagal tangguh sementara perintah bayar tunggakan cukai RM313 juta
Hakim berkata pembayaran cukai mesti dibuat tanpa mengira jumlahnya, walaupun dalam pertikaian undang-undang yang sedang berjalan.