Mangsa, Oh Ai Chin, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam, Penolong Kanan Bomba II, Mohd Azmi Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 12.59 tengah hari sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.
“Pasukan bomba dan penyelamat yang tiba mendapati seorang wanita yang melakukan aktiviti pendakian di kawasan tersebut telah terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam kira-kira dua meter.
“Dua anggota turun ke dalam lubang tersebut untuk mengangkat mangsa dan bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari lubang tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.