MELAKA: Seorang ibu tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 19 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM962,845.21 tujuh tahun lalu.
Tertuduh, Loo Mei Lin, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang merupakan ahli perniagaan didakwa menggunakan satu nombor akaun sebagai peralatan kesalahan berkaitan aktiviti haram.
Dalam pertuduhan kedua hingga ketujuh, tertuduh didakwa menerima wang dengan jumlah keseluruhan RM962,845.21 yang merupakan hasil aktiviti haram melalui akaun miliknya daripada mangsa, Teh Eet Meng, 55.
Bagi pertuduhan kelapan hingga 19 pula, tertuduh didakwa telah menggunakan wang berjumlah keseluruhan RM273,255.84 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, bagi membayar kad kredit OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank dan HSBC Amanah Malaysia Berhad miliknya serta membeli polisi-polisi insurans atas nama ahli keluarga.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah pada 29 Dis 2014 hingga 30 Julai 2015 dan dikemukakan menurut Subseksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Zainal mencadangkan jaminan sebanyak RM60,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan tidak boleh mengganggu mangsa.
Bagaimanapun, peguam tertuduh Michael Tan merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya berdepan dengan dua pertuduhan lain selain menjadi ibu tunggal kepada tiga orang anak sejak 20 tahun lalu.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 berserta kesemua syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Kes akan disebut semula pada 4 Jun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 06 2021
![Wanita dituduh lakukan pengubahan wang haram hampir RM1 juta Wanita dituduh lakukan pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620281513_TBWANGHARAMx.jpg)
Loo Mei Lin (kiri) dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini, atas 19 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram berjumlah RM962.845.21 tujuh tahun lalu. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723099078_WanSaiful.jpg)
Mahkamah benar Wan Saiful dapat sementara pasport untuk ke Singapura, Jakarta
Mahkamah membenarkan permohonan bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan untuk mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara.
![Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51722917080_AdamRadlan.jpg)
Jana Wibawa: Keputusan representasi Adam Radlan 4 Sept
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Sept untuk keputusan representasi dikemukakan Adam Radlan berhubung 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.
![Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722507730_tbAzlanMan.jpg)
Lebih RM400,000 wang syarikat pelancongan masuk akaun bank bekas MB Perlis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa terdapat kemasukan wang berjumlah RM447, 216.35 ke dalam dua akaun CIMB milik bekas Menteri Besar Perlis.
![Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722410912_TBNajib.jpg)
Belum ada keputusan mengenai representasi Najib untuk gugurkan pertuduhan
Pejabat Peguam Negara belum memutuskan mengenai representasi Najib bagi menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International.
![Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam' Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721884953_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Pesara kerajaan rugi lebih RM700,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara kerajaan mengalami kerugian RM735,000 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
![Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721298125_DatukSeriAzlanMan.jpg)
Azlan Man terima cek lebih RM600,000 daripada syarikat pelancongan - Saksi
Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menerima tiga cek daripada sebuah syarikat pelancongan dari 2014 hingga 2016.
![Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117052_SaifulNizamSaharud.jpg)
Perunding pelaburan didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta
Seorang perunding pelaburan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta.
![Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718614275_scam.jpg)
Polis Singapura siasat 528 individu disyaki terbabit penipuan
Seramai 425 orang disiasat atas kesalahan penipuan dan pengubahan wang haram.
![KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720432985_MinyakMasakPaket.jpg)
KPDN Kulim sita 222 kg minyak masak peket
KPDN Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai 'disorokkan' di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, semalam.
![Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707299365_scam.jpg)
Kerugian akibat scam berjumlah RM203.33 juta setakat Mei 2024 - PM Anwar
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima sebanyak 37,002 panggilan mangsa scam (penipuan) dengan jumlah kerugian yang dilaporkan sebanyak RM203.33 juta setakat Mei 2024.