Niat seorang wanita hendak melabur membawa padah selepas mendakwa kerugian RM135,520 akibat diperdayakan oleh kenalan di laman sosial yang memperkenalkan diri sebagai pegawai bank.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa berkenalan dengan suspek lelaki pada 19 Nov lalu yang kemudiannya menawarkan peluang pelaburan di negara jiran.
"Suspek mendakwa pelaburan itu menjanjikan keuntungan sehingga ratusan ribu ringgit menyebabkan mangsa tertarik dan diminta untuk berurusan dengan seorang wanita kononnya rakan suspek yang bekerja di sebuah bank negara asing.
"Mangsa mendakwa telah memindahkan wang sebanyak RM135,520 kepada akaun wanita itu menerusi enam transaksi bermula hujung November sehingga pertengahan bulan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Wazir berkata mangsa mula berasa curiga selepas gagal menghubungi kedua-dua suspek sejak beberapa hari lalu bagi bertanyakan keuntungan yang masih belum diperolehi walaupun sudah 'melabur' dalam jumlah yang besar.
Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bera semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 17 2019
Mangsa mula berasa curiga selepas gagal menghubungi kedua-dua suspek bagi bertanyakan keuntungan yang masih belum diperolehi walaupun sudah 'melabur' dalam jumlah yang besar. - Gambar hiasan
Cukai Minuman Manis: Luas skop cukai, tarik semula subsidi gula - Pusat Galen
Menurut Azrul, jika kerajaan bercadang menaikkan cukai gula, maka sewajarnya subsidi kepada pengeluar dan pengilang gula juga perlu ditarik balik.
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Ketua Balai Polis meninggal dunia selepas main takraw
Mangsa rebah secara tiba-tiba selepas mengadu kepenatan kepada rakan sepasukan semasa waktu rehat.
Wanita diperdaya lebih RM135,000 oleh kenalan laman sosial
Mangsa yang berusia 51 tahun mendakwa berkenalan dengan suspek lelaki pada 19 Nov lalu yang kemudiannya menawarkan peluang pelaburan di negara jiran.
Simpanan RM184,999 lesap akibat percaya 'pegawai polis'
Mangsa yang berusia 45 tahun mendakwa suspek meminta dia berbuat demikian kononnya bagi tujuan siasatan kerana maklumat perbankan peribadinya telah disalah guna pihak ketiga.
Tahanan lokap IPD Bera meninggal dunia
Seorang tahanan lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi Rabu.