SEREMBAN: Dua wanita dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi urusan mengambil anak angkat pada Julai lalu.
Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap G Gayathree, 32, dan Aliyah Begum Selvam, 30, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bersama-sama telah menipu seorang wanita berusia 37 tahun untuk mendapatkan wang dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat.
Tertuduh telah meminta wanita tersebut membuat bayaran sehingga tujuh kali transaksi sebanyak RM7,900 ke dalam akaun bank seorang wanita lain bagi tujuan berkenaan.
Perbuatan itu dilakukan pada 15 Julai 2023 di sebuah rumah di Taman Ara Sendayan di Seremban.
Berikutan itu tertuduh didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, sebat dan denda.
Sebelum itu, kedua-dua tertuduh yang diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), J Dasene merayu hukuman penjara minimum atas alasan mempunyai seorang anak dan perlu menanggung ibu yang sakit tua.
Katanya, mereka juga mempunyai masalah kesihatan dan mengaku sudah insaf atas perbuatan dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran terhadap tertuduh. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 01 2023
Aliyah Begum (kiri) dan Gayathree diiring polis ketika hadir di mahkamah pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Wanita dipenjara 12 bulan tipu urusan ambil anak angkat
Mahkamah menjatuhkan hukuman itu terhadap G Gayathree dan Aliyah Begum Selvam selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.