AYER KEROH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.
Tertuduh Muhammad Firman Hakimie Abdul Rahman, 25, bagaimanapun hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki yang juga anak kekasihnya berusia tiga tahun.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah bernombor di Jalan PE 15, Taman Paya Emas, Cheng dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 5.30 pagi hingga 6.30 pagi, 6 Julai lalu.
Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati.
Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar tidak mencadangkan sebarang jaminan sebelum tertuduh yang diwakili peguam Datuk Hanif Hassan memaklumkan akan mengemukakan permohonan untuk menghantar anak guamnya bagi pemeriksaan mental.
Majistret Sharda pada penghakimannya kemudian menetapkan 23 Ogos ini sebagai tarikh sebutan sementara menunggu laporan post mortem.
Dalam prosiding berasingan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam, ibu kanak-kanak itu Nurasyiqin Syaqiqah A Ramlee, 24, turut didakwa dan mengaku tidak bersalah bagi satu pertuduhan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001
Mengikut pertuduhan itu, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu ibu kandung didakwa melakukan pengabaian atau mendedahkan kanak-kanak itu yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Kesalahan itu dilakukan di lokasi dan masa sama.
Tertuduh kemudian dibenarkan diikat jamin sebanyak RM 15,000 dengan seorang penjamin serta beberapa syarat tambahan termasuk melapor diri setiap bulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan selain mahkamah turut menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.
Prosiding berkenaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N.Sivashangari dan tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.
Astro AWANI terdahulu melaporkan, pasangan itu sebelum ini direman selepas ditahan polis ketika menghantar kanak-kanak terbabit menerima rawatan di Hospital Melaka.
Sebelum kejadian, ibu kandung mangsa menghantar anaknya itu ke rumah tertuduh yang juga teman lelakinya pada pukul 5.30 pagi untuk berubat selepas kerap mengalami muntah-muntah.
Kira-kira pukul 6.20 pagi, tertuduh wanita itu telah dihubungi oleh teman lelakinya memaklumkan anaknya telah terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum wanita itu kemudian mengambil mangsa dan teman lelakinya ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Lelaki berkenaan dipercayai bertindak menendang dan menekan perut mangsa berkali-kali secara agresif selepas mangsa muntah di atas sofa kesayangannya.
Tertuduh turut dipercayai menekan perut mangsa secara agresif berkali-kali selain menendang sehingga kepala mangsa terhantuk ke lantai dan akibat perbuatannya itu, tengkorak dan organ dalam perut mangsa pecah.
Shuhada Abdul Kadir
Tue Jul 18 2023

Nurasyiqin Syaqiqah (kiri) dan Muhammad Firman Hakimie dibawa ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini. - Foto Astro AWANI

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Bapa tidak beri duit belanja, ibu ugut bunuh anak
Dalam rakaman itu memperlihatkan dia memukul anaknya bahkan mengancam mahu membunuhnya menggunakan sebilah pisau dapur.

Suami isteri bunuh anak terlepas hukuman mati, penjara 30 tahun
Panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail mengarahkan hukuman pemenjaraan tersebut bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mei 2017.

Warga Indonesia bunuh anak, gagal ganti hukuman mati kepada penjara seumur hidup
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula hukuman mati oleh seorang lelaki warga Indonesia untuk menggantikan kepada penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh.

Niat pukul supaya lumpuh, bapa tak sengaja sebabkan kematian anak
Seorang bapa di Semarang, Indonesia berhadapan hukuman penjara selepas tidak sedar anak yang dipukul telah meninggal dunia.

Bunuh anak: Mahkamah rayuan ganti hukuman mati pasangan kekasih dengan penjara 30 tahun
Panel tiga hakim memerintahkan R. Saravanan Kumar, 33, dan T. Gayathry, 39, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh mereka ditangkap.

Bunuh anak: Ibu dan teman lelaki didakwa
Seorang ibu dan teman lelakinya didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung wanita itu yang berusia lima tahun, bulan lepas.

Dera: Bekas tentera bunuh anak dihukum gantung
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas tentera selepas didapati bersalah membunuh anak perempuannya, kira-kira lima tahun lalu.

Wanita, teman lelaki didakwa bunuh anak berusia 9 tahun
Kedua-dua mereka didakwa secara bersama melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Wanita didakwa abai anak, kekasih dituduh membunuh
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian anak kekasihnya dua minggu lalu.