SHAH ALAM: Pihak berkuasa atau agensi penguat kuasa boleh mengenakan kompaun dengan keizinan Pendakwa Raya dalam kes pengubahan wang haram serta rasuah dan wang kompaun akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM) Prof Madya Haidar Dziyauddin berkata ia berdasarkan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Wang Haram 2001.
"Kebiasaannya kompaun akan melibatkan jumlah besar dan pihak berkuasa akan mendapatkan semula wang yang digunakan dalam kesalahan rasuah. Tertuduh dikehendaki membayar nilai kompaun yang ditetapkan atau pendakwaan bagi kesalahan rasuah boleh dimulakan semula jika mereka gagal bayar.
"Tindakan kompaun juga menjimatkan masa mahkamah dalam erti kata tidak perlu melalui perbicaraan yang panjang kerana belum pasti hukuman akan dijatuhkan dan menyebabkan wang yang terlibat dalam rasuah tidak akan diperoleh semula," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi wawancara khas bertajuk "Mengapakah adanya tertuduh dalam kes rasuah Dilepaskan Tanpa Dibebaskan" di UiTM di sini pada Isnin, bagi memberi penjelasan dalam memahami isu rasuah dalam konteks proses perundangan dan matlamat undang-undang.
Menurut Haidar ramai yang beranggapan bahawa keputusan melepas dan membebaskan tertuduh dalam kes berprofil tinggi adalah suatu keputusan mahkamah untuk melepaskan tertuduh daripada pendakwaan dan seterusnya mengaitkannya dengan sentimen politik.
"Tanggapan itu adalah tidak benar kerana terdapat perbezaan signifikan antara lepas bebas dengan lepas tanpa bebas, tidak kira individu itu tokoh masyarakat ataupun orang biasa. Apabila dikenakan lepas tanpa bebas, bermakna pada bila-bila masa pendakwa raya boleh memanggil seseorang individu itu semula untuk tindakan mahkamah.
"Perlu diingat tujuan lepas tanpa bebas adalah memberi masa bagi pihak penguasa untuk mendapatkan bukti kukuh berkaitan kesalahan rasuah kerana proses mengenal pasti jejak wang kesalahan rasuah adalah kompleks, terutamanya jika terdapat bukti baharu," katanya.
Menjelaskan perkara itu, Haidar berkata mahkamah mempunyai kuasa untuk membenarkan dua tindakan berkenaan (lepas tanpa bebas dan kompaun) berdasarkan peruntukan undang-undang yang bukan sahaja dipersetujui di Malaysia, malah dalam komuniti perundangan di seluruh dunia.
"Malaysia bukanlah satu-satunya negara unik yang memperkenalkan tindakan kompaun ini," katanya.
Haidar menjelaskan, bagi peruntukan kes pengubahan wang haram atau rasuah, ia melibatkan tiga peringkat bagi mewujudkan suatu pertuduhan, iaitu placement, layering dan integration bagi mengenal pasti wang daripada hasil aktiviti haram yang dipindah masuk melalui transaksi kompleks, seterusnya disamarkan sebagai aktiviti kewangan sah.
"Sekiranya seseorang dilepas tanpa dibebaskan, ia akan memberi peluang kepada agensi penguatkuasaan untuk mengenal pasti akar umbi rasuah selain mendapatkan lebih banyak keterangan daripada pihak-pihak terlibat dan kes akan kuat kerana tidak boleh dicabar oleh bukti yang tidak kukuh," katanya.
Namun begitu, berikutan ketiadaan tempoh had masa tertentu bagi seseorang yang telah dilepaskan tanpa dibebaskan, beliau mencadangkan agar suatu perubahan terhadap proses perundangan dapat diwujudkan untuk memperkenalkan tempoh masa yang munasabah dalam mengendalikan kes tersebut.
"Mungkin boleh buat pembaharuan berkenaan perkara itu, sekiranya tiada tempoh had masa, tertuduh diibaratkan seperti digantung tidak bertali kerana pada bila-bila masa sahaja boleh dituduh semula dan menyebabkan dia hidup dalam keadaan tertekan," katanya.
Beliau berkata masyarakat tidak boleh membandingkan kesalahan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Kanun Keseksaan kerana kedua-duanya mempunyai beban pembuktian berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Haidar berkata ia berdasarkan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Wang Haram 2001. - Gambar hiasan
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Wang kompaun kes pengubahan wang haram dikembalikan kepada rakyat - Pakar perundangan
Pihak berkuasa atau agensi penguat kuasa boleh mengenakan kompaun dengan keizinan Pendakwa Raya dalam kes pengubahan wang haram serta rasuah.