KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi meyakinkan pihak institusi perbankan untuk membantu pencarum yang menghadapi masalah kewangan termasuk beban hutang, kata pakar ekonomi.
Langkah berkenaan merupakan antara pendekatan alternatif yang boleh dilakukan KWSP selain membenarkan pengeluaran wang tunai kepada pencarum seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini.
Pakar Ekonomi University College i-CATS Kuching Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata untuk tujuan itu kerajaan perlu berbincang dengan pihak bank bagi menangani masalah kewangan yang meresahkan rakyat, sehingga timbul desakan supaya wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi.
"Kalau kerajaan boleh arahkan bank-bank bantu mereka yang mengalami masalah hutang itu adalah lebih baik kerana sikap sesetengah bank yang tegas menyukarkan rakyat dan pihak bank perlu tahu, punca perkara ini berlaku adalah disebabkan pandemik COVID-19 dan bukannya rakyat.
"Dengan menjadikan wang simpanan di KWSP sebagai cagaran, ia akan membantu rakyat, pada masa sama (rakyat) boleh mengambil tempoh cagaran itu sebagai waktu untuk mereka bangun semula dan membina kewangan yang kukuh sedikit demi sedikit," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya, kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM) seharusnya turut menjaga kebajikan pemimjam serta diberi keutamaan dan bukan hanya menjaga kepentingan institusi bank.
"Di mana peraturan yang boleh dilonggarkan, hendaklah dibenarkan seperti membenarkan pelanggan yang berada dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) atau disenarai hitam membuat penstrukturan pinjaman atau fleksibelkan mengikut kemampuan mereka dalam mengatasi masalah kewangan, ini yang kebanyakannya dihadapi oleh usahawan," katanya.
Senada dengan Shazali, Pensyarah Kanan Jabatan Kewangan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Adilah Azhari berkata KWSP juga boleh mengurangkan kadar caruman supaya pencarum mempunyai wang lebih untuk membayar hutang dan keperluan asas lain.
"Cadangan pengurangan pemotongan caruman ini boleh dijalankan dalam beberapa bulan, contohnya selama 12 bulan dan ini akan memberi ruang kepada rakyat untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka kerana caruman itu adalah mandatori.
"Contohnya bagi mereka yang mempunyai baki caruman bawah RM10,000, mungkin boleh (potongan caruman) serendah 4.5 peratus manakala yang lebih RM10,000 dalam lapan peratus," katanya.
Sementara itu, Penganalisis Ekonomi UniKL Business School Profesor Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata sekiranya pengeluaran KWSP dibenarkan sekali lagi ia perlu terus dikreditkan kepada bank untuk menyelesaikan hutang yang tertunggak atau sekurang-kurangnya melaraskan pembayaran bagi mengelak daripada muflis.
"Ini boleh dilakukan untuk memberi nafas baharu kepada mereka yang terkesan...atau pun diamanahkan kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memastikan segmen ini khusus kepada yang mempunyai hutang bank supaya dijadualkan semula," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff menasihatkan agar orang ramai supaya terus mengamalkan perbelanjaan berhemah, berbelanja mengikut kemampuan, dan tidak mengambil hutang baharu.
"Sentiasa tingkatkan kemahiran dan pengetahuan supaya mampu mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan gaji yang lebih tinggi, dan jika perlu bantuan, jangan segan-silu dapatkan bantuan dari mereka yang boleh membantu.
"Rakyat juga boleh mendapatkan khidmat AKPK dalam pengurusan kewangan yang lebih baik serta menyertai program upskilling dan reskilling supaya dapat meningkatkan taraf kualiti hidup," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Wang caruman sebagai cagaran merupakan antara pendekatan alternatif yang boleh dilakukan KWSP selain membenarkan pengeluaran wang tunai kepada pencarum seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebelum ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
MIDF sasar sedia inisiatif pembiayaan sedia masa depan RM200 juta untuk PKS
Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mahu menyediakan RM200 juta kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui inisiatif Pembiayaan Sedia Masa Hadapan (FRF) yang baru dilancarkan.
Berat untuk menyimpan, berisiko kemiskinan hari tua
Pakar berbeza pandangan tentang saranan agar sistem pencen dimansuhkan kerana ia bererti setiap orang bergantung pada KWSP ketika persaraan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
Sektor gig: RUU akta baharu dijangka dibentang hujung tahun - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata perkara itu membuktikan kepedulian kerajaan dalam membela nasib 1.16 juta pekerja sektor berkenaan.
Kerajaan tidak benarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP untuk tunai haji
Ahli masih boleh mengeluarkan wang mereka dari KWSP melalui Akaun 2 dan Akaun 3 atau Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Oktober 2024.
KWSP umum liputan mandatori kepada pekerja bukan warganegara Malaysia
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan liputan mandatori untuk pekerja bukan warganegara sebagai usaha memastikan semua pekerja mendapat akses kepada perlindungan sosial.
Belanjawan 2025 memperkukuh kesejahteraan persaraan
KWSP menyokong agenda reformasi untuk membina sebuah negara yang inklusif dan makmur yang mengutamakan kesejahteraan masyarakat.
Lelaki rugi RM224,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga tempatan berputih mata apabila kerugian RM224,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi WhastApp.
Gaji rendah punca simpanan KWSP tidak mencukupi - Pengerusi
Struktur gaji rendah di Malaysia menjadi faktor utama jumlah simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mencukupi.